Ibu mentua perlu memainkan peranan penting apabila mendengar aduan tentang anaknya. -Gambar hiasan AI
TEMPOH berpantang sepatutnya menjadi waktu berehat dan pemulihan diri buat seorang wanita selepas melalui fasa melahirkan anak yang menyakitkan.Proses melalui berpantang pastinya akan menjadi lebih mudah sekiranya mendapat sokongan dan bantuan suami. Namun situasi berbeza dialami wanita ini apabila dia diminta untuk melayani kehendak batin suami walaupun luka selepas kelahiran secara pembedahan masih belum pulih.Tidak hanya itu, dia turut disarankan menggunakan beberapa teknik alternatif untuk memastikan keinginan batin suami dipenuhi.Emosi ibu berpantang perlu dijaga dengan baik. -Gambar hiasan AI"Aku sekarang dalam berpantang tapi mak mentua aku nasihatkan aku supaya menjaga nafsu suami sedangkan luka czer aku pun belum kering."Katanya kita sebagai isteri kena jaga nafsu suami sebab kalau suami 'tak dapat' nanti dia cepat baran dan tidak mahu menolong kita."Kalau tak mampu bagi yang 'itu', banyak lagi cara nak puaskan suami. Boleh guna mulut dan tangan," luahnya di Threads.Bercerita lanjut, wanita itu memberitahu dia sebelum itu mengadu lelaki berkenaan kurang membantu menjaga bayi mereka selain sibuk bermain permainan video.Seorang ibu berpantang meluahkan rasa terkilan apabila ibu mentua menasihatkannya memenuhi keperluan batin suami meskipun luka pembedahan belum pulih.Ibu mentuanya didakwa mencadangkan cara alternatif untuk memuaskan suami supaya lelaki itu tidak cepat marah dan enggan membantu.Wanita itu sebenarnya mengadu kerana suami kurang membantu menjaga bayi, sibuk bermain permainan video dan cepat marah apabila diminta menolong.Suaminya turut didakwa tidur di bilik berasingan kerana terganggu dengan bayi, sedangkan dia perlu menguruskan anak ketika masih dalam pemulihan.Berharap ibu mentua menegur suami, wanita itu sebaliknya berasa dipersalahkan, manakala rata-rata netizen mempertahankan keperluannya untuk berehat.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah katanya, lelaki itu juga cepat marah apabila diminta membantu selain sering memberi alasan tidak tahu menguruskan bayi kerana itu merupakan anak pertama mereka."Setiap hari suami tidur bilik lain sebab dia kata tidurnya terganggu kerana bayi. Aku tak apa sebab aku tak kerja," ujarnya.Menurutnya, aduan tersebut dibuat dengan harapan akan mendapat sokongan ibu mentua dan menegur sikap anak lelakinya.Namun malangnya, respons diterima membuatkan dia berasa seolah-olah pihak yang bersalah.ARTIKEL BERKAITAN: Pedihnya berpantang tanpa bayi... Wanita keguguran diabai ibu kandung, niat bermanja ditolak mentah-mentah!ARTIKEL BERKAITAN: Mengamuk, menjerit macam kena rasuk! Mentua ‘langkah kiri’, dihalau menantu dalam pantang gara-gara mulut celuparHantaran itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang bagaikan tidak percaya wujud manusia tidak bertimbang rasa seperti suami dan ibu mentua wanita tersebut.Selain menasihati wanita tersebut supaya bersabar, ada juga mencadangkan agar melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa."Mental betul dapat mentua macam ini sebab sepatutnya suruh fikir fasal kesihatan ibu berpantang dan bukannya fikir nafsu suami."Lain kali jangan mengadu pada mak mentua. Dia mestilah nak menangkan anak lelaki dia. Kita ini menantu dan sentiasa menjadi orang luar," demikian reaksi netizen.