suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aktiviti hias sekolah cara ‘tackle’ pelajar ‘gangster’, guru tersentuh dengar pengakuan ikhlas lepas ucap terima kasih - “Mereka cuma mahu dilibatkan”

Cikgu memainkan peranan penting dalam mendidik akhlak pelajar. -Gambar hiasan AI

BUKAN semua pelajar yang dianggap bermasalah langsung tidak mempunyai sisi baik atau positif di dalam diri mereka.

Itu juga dikongsikan seorang guru apabila pendekatannya mengajak sekumpulan pelajar 'gangster' terlibat dalam aktiviti menghias sekolah bukan sahaja membuahkan hasil tetapi meninggalkan kenangan menyentuh hati.

Katanya, ucapan terima kasih yang diberikan kepada pelajar-pelajar berkenaan selepas tugas selesai rupa-rupanya membuka ruang untuk mereka meluahkan isi hati.

"Selepas selesai kerja menghias, aku cakap terima kasih dan salah seorang daripada mereka balas ini kali pertama ada cikgu cakap terima kasih dekat saya," ujarnya menerusi hantaran di Threads.

Penglibatan murid dalam aktiviti sekolah boleh meningkatkan keyakinan diri mereka. -Gambar hiasan AI

Penglibatan murid dalam aktiviti sekolah boleh meningkatkan keyakinan diri mereka. -Gambar hiasan AI

Ceritanya lagi, projek itu sebenarnya sudah memadai untuk membuatkan para pelajar 'bermasalah' ini rasa dihargai apatah lagi tidak perlu masuk kelas.

Walaupun tidak masuk kelas namun katanya, mereka memperoleh ilmu yang jauh lebih besar daripada projek tersebut.

"Aku rancang dan selia setiap tindakan mereka mengecat dinding, gunting, tampal, panjat sana-sini dan dekorasi semua dengan baik.

  • Seorang guru mengajak pelajar lelaki Tingkatan Empat yang dilabel ‘gangster’ membantu menghias sekolah.
  • Pelajar berkenaan menyiapkan dekorasi dengan baik di bawah perancangan dan seliaan guru.
  • Menurut guru itu, tiada siapa berani mengusik hiasan tersebut sepanjang tahun kerana dibuat kumpulan berkenaan.
  • Seorang pelajar mengaku itulah kali pertama guru mengucapkan terima kasih kepadanya, sekali gus menyentuh hati pendidik itu.
  • Mereka membantu tanpa meminta balasan, manakala netizen berpendapat pelajar nakal juga mahu diberi perhatian dan peluang.

"Mereka pun seronok sebab tak perlu masuk kelas dan hasilnya, tiada siapa yang berani usik dekorasi tu selama setahun sebab 'gangster' yang hias," ujarnya berkongsi pengalaman.

Tambah individu ini lagi, perkara paling bermakna baginya bukan sekadar hiasan sekolah yang kekal terjaga.

Sebaliknya, kesungguhan pelajar membantu tanpa meminta sebarang balasan membuatkan dia melihat mereka dari sudut berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid perempuan Tahun 2 trauma, ada budak ‘pedajal’ kencing dalam botol air

ARTIKEL BERKAITAN: Geram cikgu asyik mengadu anak ‘panjang tangan’ di sekolah, ibu terus heret pergi balai… Tak banyak cakap, biar polis uruskan!

"Paling bermakna, mereka tak minta apa-apa balasan pun. Mereka cuma mahu dilibatkan," kongsinya sambil menyifatkan pengakuan jujur pelajar terbabit sebagai pelajaran bermakna untuk dirinya.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya beranggapan bahawa pelajar nakal sebenarnya memerlukan perhatian.

"Zaman saya dulu budak nakal dilantik jadi pengawas, terus semua ikut peraturan sampai tak ada pelajar berani buat salah.

"Budak-budak nakal sebenarnya inginkan perhatian je, dalam erti kata lain mereka mahu dikenali juga," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain