Suami mahupun isteri perlu menghormati pasangan masing-masing demi mengelakkan tindakan atau kata-kata yang boleh mengguris hati. -Gambar hiasan AI
SIKAP saling menghormati serta mengutamakan perasaan pasangan adalah antara perkara asas dalam mengekalkan keharmonian hidup berumah tangga.Namun tidak semua pasangan yang peka terhadap perkara tersebut sehingga boleh mencetuskan perselisihan faham hingga menggugat keharmonian antara suami isteri. Itu sedang dilalui seorang wanita apabila dia bertindak membuang suami daripada senarai grup sembang dengan rakan sekerja sehingga mengundang pergaduhan di antara mereka."Aku buang nama suami daripada grup kerja dia. Alasan sembang fasal kerja tapi letak nama grup 'persetubuhan'?Hubungan yang dibayangi ketidakjujuran mampu mencetuskan konflik. -Gambar hiasan AI"Memang sembang bukan-bukan, baik lelaki atau perempuan. Susah sangat ke nak hormat apa yang isteri tidak suka?"Suami maki aku sebab buang nama dia daripada grup tersebut," luahnya.Menurutnya, isu tersebut bukan perkara baharu dalam rumah tangga mereka, sebaliknya dia mendakwa sudah dua tahun bersabar sehingga mengalami tekanan emosi.Kata wanita itu, sebagai isteri dia sudah cuba menghormati perasaan suami dengan menjauhkan diri daripada rakan lelaki demi menjaga batasan dalam rumah tangga.ARTIKEL BERKAITAN: Sakit bersalin pun belum hilang! Hati isteri tengah pantang hancur, suami kantoi sembang lucah dengan wanita lainARTIKEL BERKAITAN: “Setiap kali bersama, saya rasa jijik!” - Isteri tawar hati suami ketagih porno, hanya mampu berlakon bahagia demi anakBagaimanapun, dia kecewa apabila merasakan sikap dan komitmen serupa tidak ditunjukkan suami kepadanya."Aku dah dua tahun kemurungan disebabkan isu ini. Salah ke kalau aku buat keputusan untuk berpisah?"Dia boleh buat perkara yang dia suka dan aku pun tak perlu rasa sakit hati. Aku kahwin untuk rasa tenang dan bahagia," katanya.Perkongsian wanita tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.Seorang wanita kecewa apabila suami menyertai grup sembang rakan sekerja yang berborak perkara tak senonoh.Dia dimaki suami selepas bertindak membuangnya daripada grup berkenaan.Dia mendakwa mengalami tekanan emosi selama dua tahun akibat isu tersebut.Wanita itu mempertimbangkan perceraian kerana merasakan suami tidak menghormati perasaannya.Netizen berpendapat pasangan perlu saling menghormati dan menjaga batas pergaulan.Ringkasan ini dijana oleh AINamun ramai berpandangan mereka sepatutnya duduk berbincang secara matang dan bukan bertindak menggunakan cara kasar dan pergaduhan sehingga melukakan hati satu sama lain."Suami dia ingat kawan-kawan itu akan ada selalu dengan dia ke?"Nama grup itu menampakkan betapa rendahnya pemikiran masing-masing yang duduk dalam grup itu."Sebaik-baiknya berbincanglah dengan matang sebab masalah ini ada jalan penyelesaiannya," antara komen netizen.