suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adik sudah ada kerja tetap mahu beli kereta... Gadis rasa dipergunakan, keluarga secara halus paksa serah duit biasiswa - “Kakak kan banyak duit”

Ibu bapa sepatutnya menjadi orang tengah bagi anak-anak. -Gambar hiasan AI

BERUSAHA keras berdiri atas kaki sendiri ketika masih bergelar pelajar bukan perkara mudah, lebih-lebih lagi apabila perlu mengatur perbelanjaan agar wang mencukupi sepanjang semester.

Disebabkan itu juga hati seorang gadis ini terusik apabila wang tajaan diterimanya dianggap sebagai duit lebihan yang boleh digunakan untuk membantu ahli keluarga lain.

Meluahkan rasa terkilan dan kecewa, dia yang kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda terkejut apabila ibu bapanya meminta dia menyumbang wang deposit kereta adiknya.

Menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi memerlukan sokongan kewangan dan moral daripada keluarga. -Gambar hiasan AI

Menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi memerlukan sokongan kewangan dan moral daripada keluarga. -Gambar hiasan AI

"Mak siap cakap kakak kan banyak duit, dapat RM6,000 bagilah adik RM1,000.

"Adik aku beza setahun je dengan aku, dia sudah habis diploma dan baru dua bulan bekerja. Dia dalam proses nak ambil lesen," luahnya di Threads.

Menurut gadis ini lagi, permintaan tersebut disebabkan dia mendapat tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang berjumlah hampir RM6,000 untuk satu semester.

  • Seorang pelajar ijazah terkilan apabila wang biasiswa JPA hampir RM6,000 untuk satu semester dianggap sebagai duit lebihan.
  • Adiknya yang baru dua bulan bekerja meminta RM1,000 daripada wang tersebut untuk membayar deposit kereta.
  • Permintaan itu turut disokong ibu mereka yang menganggap si kakak mempunyai banyak wang.
  • Pelajar itu berpendapat adiknya yang bergaji RM2,500 dan belum mempunyai komitmen sepatutnya belajar menyimpan terlebih dahulu.
  • Rata-rata netizen menasihatinya supaya mengutamakan keperluan pengajian dan tidak memenuhi permintaan tersebut.

Manakala adik perempuannya memperoleh gaji RM2,500 sebulan.

"Dia nak beli kereta dan belum ada komitmen lagi, sepatutnya belajarlah menyimpan dulu.

"Tapi semasa buat panggilan video, dia macam minta RM1,000 untuk deposit kereta dan mak siap sokong pula," tambahnya yang kecewa kerana bebanan diletakkan ke atasnya selaku anak sulung.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah macam penjara! Anak sulung jadi ‘punching bag’, tempat ibu luah amarah lepas bercerai - “Setiap sudut ada jeritan mak”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau anak aku ke?” - Dunia terus gelap, gadis meraung bapa tak mengaku darah daging gara-gara minta RM250

Hantaran dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya meminta dia mengabaikan permintaan tersebut dan fokus kepada kehidupan sendiri.

"Jangan, kalau adik tak ada duit, suruh dia minta dengan mak ayah je, kenapa nak kena minta daripada kakak yang masih belajar?

"Saya faham perasaan awak. Bukan berkira sangat tapi kita jadi sedih sebab ini bukan pertama kali," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain