Sikap bapa yang lepas tangan pastinya memberi bebanan emosi yang amat mendalam buat seorang anak. -Gambar hiasan AI
BUKAN mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai anak sulung, lebih-lebih lagi apabila segala pengorbanan yang dicurahkan demi keluarga seolah-olah tidak pernah dihargai.Bagi seorang gadis, lebih memilukan apabila segala keperitan yang dipendam selama ini sudah tidak lagi mampu ditahan selepas bapa kandung sendiri mempertikaikan status dan haknya sebagai anak. Kisah menyayat hati itu didedahkan sendiri oleh gadis berkenaan menerusi satu hantaran di media sosial selepas benteng kesabarannya akhirnya sampai ke penghujung."Hancur hati apabila ayah sendiri tak mengaku ada anak. Aku putuskan untuk keluar dari rumah sebab tak nak tanggung semua ni lagi.Seorang bapa sepatutnya melindungi anak, bukan sebaliknya. -Gambar hiasan AI"Apa yang aku korban selama ni tak dihargai langsung. Walau dia bukan suami kepada mak aku lagi, tapi kenapa anak-anak pun dia buang?" ceritanya di media sosial.Menurut gadis itu lagi, sejak ibu bapanya bercerai, dia tidak pernah menuntut sebarang wang nafkah daripada bapanya.Malah, dakwanya lagi, lelaki itu juga langsung tidak pernah ambil pusing atau menguruskan hal persekolahan adik-adiknya yang lain.Suasana bagaimanapun bertukar tegang apabila dia yang kini hilang pekerjaan terpaksa meminta bantuan bapanya untuk membaiki motosikal yang rosak.ARTIKEL BERKAITAN: Remaja autisme lari rumah, keluarga sedar lepas tengok pintu terbuka! Ibu tak tunggu lama, terus lapor polisARTIKEL BERKAITAN: Anak gadis rimas bapa kerap keluar masuk bilik tidur, tak jaga batas... Tengah malam pun terjah! - “Dia nak cari stok makanan”"Masa aku minta tolong bayarkan kos baiki motosikal sebab dah tak kerja, tergamak ayah tanya... kau anak aku ke?"Aku sanggup berkorban tak sambung pengajian sebab nak jaga mak yang sakit dan sekolahkan adik-adik. Adakah jumlah RM250 tu terlalu besar sampai dia tergamak cakap macam tu dekat aku?"Dia buat aku macam tak ada maruah. Cukup sekadar jawab boleh atau tidak. Aku faham dan tak akan paksa. Tapi aku cukup kecewa bila keluar ayat sampai tak mengaku darah daging sendiri," katanya.Sanggup korbankan pengajian demi jaga keluarga.RM250 jadi punca hati anak sulung terluka.Ayah sendiri tergamak pertikai status anak.Banyak berkorban, akhirnya rasa tak dihargai.Penat memendam rasa, akhirnya nekad keluar rumah.Ringkasan ini dijana oleh AIJelas gadis itu, selama ini dia memilih untuk berdiam diri dan memendam rasa demi menjaga hati serta mengenangkan rasa kasihan terhadap bapanya.Namun, insiden ditengking dan permintaannya ditolak sebegitu rupa menjadi titik akhir kepada kesabarannya sehingga dia mengakui tidak mampu lagi menanggung bebanan emosi seorang diri."Kadang-kadang rasa benci jadi anak sulung. Kenapa aku dilahirkan kalau ini yang kena hadap? Mungkin aku yang terlalu bodoh sebab selama ini asyik kesiankan dia."Aku dah penat sangat. Sebelum ni banyak benda jadi tapi aku pilih untuk berdiam diri... tapi tak sangka, ini balasan dan kata-kata yang keluar dari mulut dia," katanya lagi.