suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lepas kebas duit gaji anak sampai licin, mak pura-para jadi ‘ustazah’ - “Anggap je ujian, bukan rezeki kita”

Duit gaji hilang amat merungsingkan sesiapa sahaja. -Gambar hiasan AI

TRAGEDI wang gaji lesap dalam sekelip mata amat memedihkan, terutamanya apabila ia adalah hasil titik peluh yang dinanti-nantikan setiap hujung bulan.

Begitulah nasib malang seorang pekerja apabila wang gajinya sebanyak RM1,700 didakwa hilang hanya kira-kira sejam selepas dimasukkan ke dalam akaun bank.

Seorang pegawai bank yang berkongsi kisah tersebut pada mulanya berasa pelik dengan kejadian berkenaan kerana hasil semakan awal mendapati senarai transaksi menunjukkan wang tersebut dikeluarkan menerusi mesin juruwang automatik (ATM).

Jangan sesekali berkongsi nombor pin kepada sesiapa bagi mengelak kejadian tidak diingini. -Gambar hiasan AI

Jangan sesekali berkongsi nombor pin kepada sesiapa bagi mengelak kejadian tidak diingini. -Gambar hiasan AI

"Adik aku telefon beritahu staf dia datang kerja sambil menangis. Katanya gaji RM1,700 baru sahaja masuk pukul 9 pagi, tapi apabila nak bayar bil pukul 10 pagi, baki akaun tiba-tiba tinggal 30 sen sahaja.

"Aku terus tanya kad bank ada pada siapa dan dah semak perbankan dalam talian atau belum? Dia jawab kad memang ada dalam pegangannya, tapi apabila semak penyata akaun, memang ada transaksi pengeluaran RM1,700 dibuat di mesin ATM," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap sangat minta tolong ‘cucuk’ duit di ATM, tapi baki sentiasa RM1! Wanita suspek ada sesuatu tak kena

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa jadi pemalas lepas anak dapat kerja, dianggap macam mesin ATM... Tak puas hati dapat RM200 sebulan

Berpengalaman dalam bidang perbankan, pegawai tersebut mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena kerana pengeluaran di ATM lazimnya memerlukan kad fizikal dan nombor pengenalan peribadi (PIN).

Pada masa sama, dia turut bertanya mengenai kali terakhir kad tersebut digunakan dan sama ada terdapat individu lain yang mengetahui nombor PIN.

"Pekerja itu cakap kali terakhir guna kad pada bulan lalu ketika berada di kampung dan ibunya tahu nombor PIN.

"Tapi dia langsung tak syak ibunya sebab kad berada dengannya, manakala ibunya pula berada di kampung di negeri lain," katanya lagi.

Pegawai bank itu kemudiannya meminta pekerja tersebut memeriksa semula fizikal kad bank yang dipegangnya bagi memastikan sama ada ia benar-benar miliknya atau sebaliknya.

"Tak lama lepas tu, apabila dia periksa balik, rupanya itu memang bukan kad bank gaji dia. Firasat aku betul... mak dia yang ambil, walaupun pada mulanya langsung tak mengaku.

"Mak dia siap boleh cakap dekat dia... dah hilang tu anggap je ujian, bukan rezeki kita," katanya.

  • Pekerja terkejut gaji baru diterima lesap dalam tempoh sejam.
  • Transaksi menunjukkan wang dikeluarkan menerusi ATM walaupun kad didakwa masih dalam simpanan.
  • Pegawai bank mengesyaki sesuatu tidak kena sebelum meminta pekerja itu memeriksa kad di dalam begnya.
  • Pemeriksaan mendapati kad tersebut bukan kad akaun gajinya.
  • Mangsa dinasihatkan menyekat kad dan membuat laporan polis bagi membolehkan kejadian disiasat lanjut.

Ringkasan ini dijana oleh AI

Susulan kejadian, pegawai bank itu menasihatkan supaya kad terbabit segera disekat selain membuat laporan polis sebelum mendapatkan bantuan pihak bank bagi semakan lanjut, termasuk berkaitan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di ATM.

"Apabila diberitahu laporan polis sudah dibuat dan rakaman CCTV akan diperiksa, barulah ibunya mengaku ambil kad tu.

"Mula-mula berkeras tak mengaku, lepas tu boleh pula dia tuduh adik yang ambil," katanya.

Lebih mengecewakan, pekerja tersebut dimarahi ibunya kerana membuat laporan polis membabitkan ahli keluarganya sendiri.

Menurut pegawai bank itu, kejadian tersebut cukup menyedihkan memandangkan pekerja berkenaan dikatakan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membantu keluarganya setiap bulan.

Artikel Lain