suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Macam rumah kebajikan! Wanita geram 10 tahun kakak ipar angkut 4 orang anak menumpang tanpa izin, sesen pun tak hulur

Kekangan kewangan akan berlaku apabila seorang individu terpaksa menyara orang lain di rumah yang sama. -Gambar hiasan AI

ISU ipar-duai tak sedar diri terus mencetuskan pergolakan dalam rumah tangga, lebih-lebih lagi apabila ia mula melibatkan bab harta dan bebanan kewangan.

Seorang wanita mengakui hidup dalam dilema dan tertekan apabila kakak iparnya bersama empat orang anak seolah-olah 'selesa' menetap selama hampir 10 tahun di kediaman yang secara sah milik suaminya.

Menurut wanita itu, kediaman berkenaan pada asalnya milik ibu bapa mentua, namun ia sudah dibeli suaminya kira-kira sedekad lalu.

Individu yang menumpang perlu sedar kedudukan mereka di dalam rumah berkenaan. -Gambar hiasan AI

Individu yang menumpang perlu sedar kedudukan mereka di dalam rumah berkenaan. -Gambar hiasan AI

"Suami saya dah beli rumah daripada mak ayah dia... hampir 10 tahun rumah tersebut dibeli. Sampai sekarang, mak ayah dan seorang kakak suami yang dah berkahwin masih tinggal di situ.

"Kakak ini PJJ (perhubungan jarak jauh) dengan suami dia, jadi dia masih menumpang di rumah tu sepanjang lebih kurang 10 tahun ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua salahkan menantu rumah bersepah, wanita pertahan kakak ipar dituduh pemalas... Sentuh bab cucu terus ‘naik hantu!’

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas cerai susahkan orang! Wanita luah rasa jijik dengan perangai kakak ipar, ada pendapatan tapi kikis duit adik sendiri

Tambah wanita berkenaan, kakak iparnya mempunyai empat orang anak dan suaminya yang tinggal berjauhan akan turut 'berkampung' di kediaman tersebut setiap kali pulang.

Jelasnya lagi, dia dan suami sebelum ini tiada masalah dan pernah kerap memberikan wang bulanan kepada mentua ketika ekonomi keluarga mereka masih kukuh.

"Dulu mungkin keadaan kewangan kami lebih baik dan kami ada hulurkan duit bulanan untuk mak ayah.

"Tapi sekarang kami sendiri ada kekangan kewangan, tambahan pula saya seorang suri rumah, jadi kami dah tak mampu nak beri duit bulanan seperti dulu," katanya.

Namun, apa yang membuatkan wanita ini terkilan adalah sikap kakak iparnya yang langsung tidak pernah meminta izin untuk terus menetap di situ, meskipun hak milik rumah sudah bertukar tangan.

"Sepanjang hampir 10 tahun tinggal di rumah yang sah dibeli oleh adiknya, dia tak pernah sekali pun minta izin secara khusus untuk terus menetap di situ.

"Malah, sesen pun dia tak pernah hulur atau bagi sumbangan sebagai tanda menumpang. Ini sebenarnya bukan soal berapa jumlah duitnya," katanya.

  • Suami wanita membeli rumah milik ibu bapanya 10 tahun lalu.
  • Mentua serta kakak ipar bersama empat anak masih menetap di kediaman itu.
  • Kakak ipar tidak pernah meminta izin atau memberi sumbangan kepada adiknya.
  • Wanita dan suami kini berdepan kekangan kewangan.
  • Netizen berpendapat kakak ipar yang sudah berkahwin sepatutnya berdikari.

Menurutnya, apa yang kerap bermain di fikirannya ketika ini adalah mengenai adab seorang insan yang menumpang, lebih-lebih lagi tatkala pemilik rumah sedang berdepan krisis kewangan.

"Cuma daripada sudut adab, hak dan hukum, adakah seseorang yang tinggal di rumah milik adik sendiri selama bertahun-tahun perlu minta izin atau sekurang-kurangnya beri sumbangan atau berbincang dengan pemilik rumah?

"Kalau pemilik rumah dalam keadaan kewangan yang tak begitu baik, adakah masih dianggap wajib untuk membiarkan adik-beradik terus tinggal percuma di rumah tersebut?" soalnya.

Ada individu terpaksa membuat pelbagai kerja bagi menyara keluarga. -Gambar hiasan AI

Ada individu terpaksa membuat pelbagai kerja bagi menyara keluarga. -Gambar hiasan AI

Wanita itu menegaskan perkongsiannya bukan bertujuan mencetuskan perselisihan dalam keluarga, sebaliknya, dia mahu mendapatkan pandangan mengenai hak pemilik rumah.

"Bukan nak bergaduh atau berkira dengan keluarga, cuma mungkin selama ini kami tak tahu mana satu hak dan mana satu tanggungjawab.

"Kalau ada yang pernah melalui situasi sama atau ada ilmu tentang perkara ini, boleh kongsi pendapat dengan baik," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian warga maya yang berpandangan kakak ipar wanita itu perlu sedar diri dan peka bahawa dia bukan lagi tinggal di rumah ibu bapanya lagi tetapi rumah adiknya yang sudah berkeluarga.

"Sepatutnya dia belajar hormati rumah tangga orang lain. Lagi pun dia sendiri sudah berkahwin jadi kena berdikari sendiri.

"Kenapa dia tak menyewa di tempat lain? Dah bersuami, patutnya lelaki tu sediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak," komen netizen.

Artikel Lain