SEORANG isteri berada dalam dilema apabila hidupnya kini bagaikan 'bermadu' dengan kakak iparnya sendiri.Menurutnya, sebelum ini ibu mentuanya tinggal bersendirian dan suaminyalah yang bertanggungjawab menguruskan segala keperluan warga emas itu. Namun sejak kakak iparnya bercerai empat tahun lalu, kehidupan suaminya berubah sepenuhnya selepas wanita itu berpindah masuk ke rumah ibu mereka.Ibu bapa perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap anak tanpa mengharapkan orang lain. -Gambar hiasan AI"Apabila kakak dah cerai, adakah menjadi tanggungjawab adik lelaki untuk menanggungnya? Kakak bekerja dan ada anak seorang. "Jadi sekarang tanggungan suami saya bertambah. Dia kena jaga mak, kakak dan anak saudara," katanya yang turut mempunyai seorang anak.Tambahnya lagi, kekangan kewangan mulai terasa apabila kakak iparnya yang bekerja sering memberi alasan penat dan tidak sempat memasak."Sebelum ni suami hanya belikan makanan untuk mak seorang tapi sekarang kena beli untuk tiga orang... tiga kali sehari. Di rumah tu memang jarang masak sebab mak tak larat.ARTIKEL BERKAITAN: Ingat harta wakaf! Wanita bengang kereta kesayangan ‘dilenjan’ kakak ipar, langsung tiada usaha beli sendiriARTIKEL BERKAITAN: Wanita rimas kakak ipar kerja cikgu berat tulang, balik raya tapi enggan bergaul - “Dia bawa bekal makan dalam bilik”"Kalau tak belikan, mak atau kakak akan telefon dan mesej minta beli. Kakak pula jarang hulur duit, alasan belum gaji atau gaji tak cukup,” katanya.Bukan itu sahaja, sekiranya suaminya tidak sempat membeli makanan, kakak iparnya akan membelinya sendiri namun dia akan meminta supaya wang dipindahkan semula."Kalau si adik tak sempat belikan, kakaknya akan beli tapi minta suami saya transfer duit semula. "Makanan ringan untuk cucu pun minta mak minta anak lelaki ini belikan sebab kasihan, memandangkan kakak ipar tak sediakan atas alasan tak mampu," katanya.Isteri luah dilema selepas kakak ipar bercerai tinggal serumah.Suami kini menanggung lebih ramai ahli keluarga.Kakak ipar didakwa kurang menyumbang perbelanjaan.Keperluan harian keluarga ditanggung suami sepenuhnya.Kisah itu undang pelbagai reaksi netizen.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurutnya lagi, urusan menghantar dan mengambil anak saudara dari sekolah juga diuruskan sepenuhnya oleh suaminya atas alasan kakak ipar tidak mempunyai masa."Punca si kakak tu bercerai sebab pengabaian nafkah dan tanggungjawab, jadi memang bekas suaminya tak ambil tahu hal anak. Hubungan kakak ipar dengan keluarga mentua pun tak baik," katanya.Luahan tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya berpendapat bahawa kakak ipar wanita itu hanya mengambil kesempatan atas kebaikan adiknya."Berterus terang, jangan sampai diri sendiri tersepit. Beritahu bajet tak cukup nak tanggung dia anak beranak. Kalau terus dilayan dia akan naik lemak. "Dia sudah besar, pandai cari duit sendiri. Tak perlu pun untuk ditanggung," komen netizen.