suria

Wanita rimas kakak ipar kerja cikgu berat tulang, balik raya tapi enggan bergaul - “Dia bawa bekal makan dalam bilik”

Segelintir individu sanggup berkurung dalam bilik kerana segan untuk bertemu tetamu yang datang beraya. -Gambar hiasan AI

SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri merupakan peluang terbaik untuk kita berkumpul dan meluangkan masa bersama keluarga serta saudara-mara.

Namun, seorang wanita di Threads mendakwa kakak iparnya yang bekerja sebagai guru memilih untuk mengasingkan diri ketika pulang beraya sehingga menimbulkan suasana kurang enak.

Menurut wanita itu, dia bingung melihat kakak iparnya yang tidak pandai membawa diri sedangkan usianya sudah pun mencecah 40-an.

"Dia seorang yang berat tulang. Dia terperap dalam bilik. Kadang dia bawa bekal makan dalam bilik. Nak makan pun kami panggil. Dia pandai makan je. 

Raya merupakan peluang terbaik untuk kita meluangkan masa bersama keluarga. -Gambar hiasan AI

"Abang pernah cakap yang bini dia tak suka kampung sini. Jadi abang aku kira tutup mata la sebab bini dia ikut balik beraya sekali.

"Sumpah ini bukan rekaan. Dah tua pun tak pandai bergaul. Anak pun dah ramai. Yang sulung dah tingkatan lima. Dia masih dengan perangai lama," tulisnya.

Menurut wanita itu lagi, dia juga bengang kerana perlu menguruskan anak saudaranya sedangkan kakak iparnya terperap di dalam bilik sepanjang hari.

  • Wanita dakwa kakak iparnya pemalas dan enggan bergaul sewaktu balik kampung.
  • Dia berkata kakak iparnya itu sudah berusia 40-an dan bekerja sebagai guru.
  • Wanita itu bengang kerana dia perlu memasak untuk anak saudaranya.
  • Netizen selar wanita itu kerana mengharapkan kakak iparnya membuat kerja rumah.

"Aku penat weh. Mereka yang nak makan, aku pula kena masak untuk anak-anak dia. Kalau tanya mak, dia kata tak apa, asalkan abang aku bahagia.

"Cuma satu benda bagus, kakak ipar aku kalau datang dia bawa banyak ole-ole bermacam jenis kek, biskut dan kerepek yang sedap," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, majoriti netizen tidak menyokong kenyataan wanita itu dan meminta dia menghormati kakak iparnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingat harta wakaf! Wanita bengang kereta kesayangan ‘dilenjan’ kakak ipar, langsung tiada usaha beli sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku lelaki, ada nafsu!” - Pemuda terlanjur dengan kakak ipar sampai mengandung, menyesal tak terdaya tolak godaan

"Dia tetamu, bukan orang gaji. Suruh abang kamu yang memasak. Sediakan makanan tu tugas suami dia. Sebab kamu toksik la dia tak nak bergaul.

"Rumah mentua janganlah expect dia nak tolong semua. Suruh la abang kau yang buat. Kenapa nak suruh tetamu yang balik setahun sekali buat kerja di rumah orang?

"Bersyukurlah abang kamu dapat balik raya. Dia kakak ipar, tetamu, bukan orang gaji atau penghibur keluarga kamu," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain