suria

“WhatsApp tak buat korang muflis” - Bengang 50 tetamu datang mengejut, wanita rayu jangan normalisasi budaya ‘terjah’ ketika raya

Budaya 'terjah' rumah orang semasa hari raya dianggap tidak wajar. -Gambar hiasan AI

TIDAK lengkap sekiranya perayaan Aidilfitri tidak disertai dengan tradisi kunjung-mengunjung bagi mengeratkan silaturahim di bulan yang mulia.

Namun budaya ‘terjah’ rumah tanpa sebarang notis terlebih dahulu boleh menyebabkan tuan rumah berasa tidak selesa dan panik. 

Melalui sendiri situasi tersebut, seorang wanita meluahkan rasa tertekan apabila kediamannya diserbu 50 individu dalam satu masa yang sama.

Lebih merunsingkan ketika semua tetamu sampai, hanya dia dan ibunya sahaja berada di rumah.

Ziarah menziarahi sudah menjadi tradisi setiap kali tibanya Syawal. -Gambar hiasan AI

Ziarah menziarahi sudah menjadi tradisi setiap kali tibanya Syawal. -Gambar hiasan AI

"10 buah kereta besar parkir depan rumah, mengejut dan dalam rumah hanya ada saya dengan mak je," luahnya di Threads.

Menurutnya, dia bukan tidak sudi menerima kunjungan tetamu di hari raya, namun kedatangan dalam jumlah besar secara mengejut memerlukan persediaan mental dan fizikal.

"Bukan tak sudi tapi ini rumah, bukannya dewan orang ramai.

  • Tradisi ziarah Aidilfitri jadi perbualan isu adab bertandang.
  • Wanita tertekan rumah didatangi 50 tetamu tanpa makluman awal.
  • Ketika kejadian hanya dia dan ibu berada di rumah.
  • Akui bukan tak sudi, tapi kunjungan besar perlukan persediaan mental dan fizikal.
  • Netizen berbelah bahagi, ada faham situasi, ada anggap sekadar ziarah biasa.

"Nak melayan 50 orang, perlukan persediaan mental dan fizikal... lebih-lebih lagi kalau dalam rumah cuma ada dua orang," tambahnya.

Meskipun Aidilfitri sinonim dengan tradisi ziarah-menziarahi namun baginya kehadiran dalam jumlah yang besar tanpa dimaklumkan terlebih dahulu adalah tidak wajar.

"Jangan normalisasikan terjah rumah orang dengan kumpulan yang besar tanpa maklumkan dulu. WhatsApp ringkas pun tak buat korang jadi muflis," luahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda bengang rombongan 7 buah kereta serbu rumah bapa saudara asnaf, siap ada minta duit raya! - “Dia pun penerima bantuan”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda berkurung dalam bilik di hari raya, takut dikejar ‘debt collector’... Hutang keliling pinggang angkara mak ayah sendiri!

Perkongsian tersebut meraih perhatian warga maya yang memahami situasi dialami wanita berkenaan, namun tidak kurang juga menyelarnya kerana merungut.

"Mereka datang nak bersilaturahim, kalau nak makan, mereka akan pergi restoran. Cubalah santuni dengan baik dan hidang je apa ada, bukan merentan.

"Yang post macam ni mesti tak pernah join konvoi raya, ingat kau boleh prepare hari-hari ke? Orang datang beraya tu bukan nak dilayan macam raja, sekadar datang ziarah dan bersembang.

"Pernah masa hidup abah susah dulu, enam buah kereta datang tapi kami sangat mengalu-alukan kerana mereka hadir untuk menziarahi, mak mereka dah meninggal," antara reaksi netizen.

Artikel Lain