SAMBUTAN Aidilfitri sememangnya meriah dengan tradisi kunjung-mengunjung bagi mengeratkan silaturahim.Namun jika tidak kena pada tempat dan masanya, ia boleh mengundang rasa kurang senang serta membebankan tuan rumah. Menyuarakan perkara tersebut, seorang lelaki berharap setiap individu mempunyai common sense sebelum bertandang ke rumah orang.Pemberian duit raya semasa Aidilfitri telah menjadi amalan masyarakat. -Gambar hiasan AI"Nak beraya tu, tolonglah buat sedikit homework. Janganlah nak beraya dengan bawa rombongan sampai tujuh buah kereta."Kena tengok juga rumah siapa yang nak dituju," ujarnya di Threads.Pemuda ini turut menjadikan keluarga bapa saudaranya sebagai contoh, berikutan dia menyaksikan sendiri bagaimana kesukaran dialami individu tersebut.Lelaki tegur sikap segelintir tetamu datang beraya tanpa fikir keadaan tuan rumah.Dakwa ada rombongan hadir hingga tujuh kereta sekali gus.Kesian bapa saudara hidup sederhana terpaksa layan tetamu ramai.Anak tetamu pula minta duit raya hingga membebankan tuan rumah.Netizen setuju adab beraya perlu dijaga dan utamakan sikap bertimbang rasa.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kesian paksu aku tak beraya, dia penerima bantuan dan kerja kampung dengan kehidupan sederhana."Rombongan yang datang memang ramai, kemudian anak-anak mereka pula minta duit raya," luahnya bersimpati.Hantaran tersebut mencetuskan perbincangan dalam kalangan warga maya yang bersetuju adab ketika beraya perlu dijaga agar tidak menyusahkan pihak lain, terutama dari segi penyediaan juadah dan pemberian duit raya.ARTIKEL BERKAITAN: Tahun ketujuh sambut Aidilfitri sebagai mualaf... Abang Gan imbau beraya ketika zaman kanak-kanak di Felda, rupanya peminat laksam!ARTIKEL BERKAITAN: Aidilfitri tak lengkap tanpa lemang, tart nanas… ‘Orang kuat’ dapur kedutaan ini sudah 9 tahun beraya di perantauanWalaupun hari raya adalah masa untuk merapatkan silaturahim, sikap bertimbang rasa penting bagi memastikan kemeriahan Syawal dapat dirasai oleh semua pihak tanpa rasa terbeban."Datang ramai-ramai itu tak salah tapi perlu tukar mindset, dah datang rumah orang susah, sepatutnya kita yang menghulur."Miskin atau kaya memang patut diziarah, raya bukan untuk duit," demikian reaksi netizen.