SEORANG pemuda berkongsi pengalaman menerima kunjungan kanak-kanak yang datang beraya di rumahnya pada Sabtu.Menurutnya, seperti kebiasaan dia akan memberikan duit raya kepada kanak-kanak walaupun tidak mengenali mereka. Katanya, pada Aidilfitri kali ini dia memberikan RM2 kepada setiap kanak-kanak.Namun tindakan seorang kanak-kanak memulangkan sampul raya yang diberikan membuatkan dia terkejut dan berasa malu. Kanak-kanak perlu lebih beradab ketika menerima duit raya. -Gambar hiasan AI"Sorang budak ni pulangkan balik RM2 yang aku bagi. Dia siap bagi aku lagi sekeping nota RM1. "Dia kata ambil la bang duit RM1 ni, buat penuh beg saya je," kongsinya.Walaupun terkasima dengan tindakannya, pemuda berkenaan beranggapan kanak-kanak tersebut mungkin menerima duit raya lebih besar daripada orang lain. ARTIKEL BERKAITAN: “Eee buruknya!” - Budak mengeluh dapat nota RM5 lama, wanita ini ‘ajar’ ganti duit raya RM1 terus terdiam... Cara didik tentang bersyukurARTIKEL BERKAITAN: “Dia dapat berkotak-kotak siap buat bisnes” - Individu kecewa bank tiada wang kertas baharu, pelik wujud kartel duit raya"Kau beraya semua rumah dapat RM5 dengan RM10 ke?," katanya.Insiden itu membuatkan dia bimbang dengan perubahan budaya meraikan hari raya yang menurutnya pada zaman dahulu lebih mementingkan konsep ziarah dan bukannya nilai duit raya."Dulu kita beraya untuk ziarah. Sekarang beraya macam pergi kutip hutang," katanya.Pemuda terkejut seorang budak pulangkan RM2 yang diberi dan tambah RM1.Kanak-kanak kata wang itu untuk “mencukupkan” beg duit rayanya.Pemuda rasa mereka mungkin dapat duit raya lebih besar di rumah lain.Dia bimbang budaya beraya kini lebih fokus pada duit, bukan ziarah.Perkongsian itu mendapat kritikan netizen tentang adab beraya kanak-kanak.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsiannya itu mengundang reaksi warganet yang beranggapan kanak-kanak zaman kini sudah hilang adab dan tidak menghormati tuan rumah ketika beraya."Majoriti mereka dapat RM5, RM10 jadi nota warna biru itu tiada nilai bagi mereka. "Yang tak salam tu lagi la. Mak bapak mereka tak ajar kot," komen netizen.