Meluahkan rasa tidak puas hati dalam grup WhatsApp boleh mencetuskan perbalahan keluarga. -Gambar hiasan AI
SEORANG lelaki berkongsi situasi kurang menyenangkan selepas perancangan majlis pertunangan adiknya menimbulkan salah faham dalam kalangan ahli keluarga.Menurutnya, ibunya sekadara ingin mendapatkan kepastian jumlah ahli keluarga ingin turut serta ke majlis yang berlangsung pada Syawal keempat itu tanpa sebarang paksaan. Namun, keadaan menjadi tegang apabila salah seorang ibu saudaranya meninggalkan mesej kurang menyenangkan dalam kumpulan WhatsApp keluarga. "Pendek cerita ibu aku cuma nak dapatkan kepastian saja berapa orang yang nak ikut tiada paksaan sebab bertunang je.Majlis bertunang biasanya dibuat secara kecil-kecilan. -Gambar hiasan AI"Tapi salah seorang makcik aku ni sound macam ni dalam grup besar yang semua orang ada," katanya yang kemudian berkongsi tangkap layar mesej tersebut.Dalam mesej itu, ibu saudaranya meminta majlis itu tidak diadakan ketika cuti raya kerana ingin healing dan menjaga kesihatan mentalnya."Tolong jangan buat waktu Aidilfitri di saat kaum keluarga berkumpul. Benda ni mungkin tak penting bagi orang lain tapi penting bagi makcik.ARTIKEL BERKAITAN: Bakal tunang lepas raya, wanita pelik rakan ofis teruja nak hadir walau tak dijemput - “Dia dah plan nak pakai apa”ARTIKEL BERKAITAN: Gadis baru kematian bapa stres dikongkong bakal ibu mentua, bantah tangguh majlis tunang besar-besaran... Tak fikir besan terikat idah"Raya hanya setahun sekali. Mohon pilih tarikh lain di luar masa gathering famili untuk raya," tulis wanita tersebut. Adik lelakinya kemudian membalas mesej berkenaan dengan nada memohon maaf, menjelaskan jemputan hanyalah sekadar pelawaan tanpa paksaan.Katanya, perancangan asal hanyalah majlis merisik sebelum ditukar kepada pertunangan atas beberapa faktor tertentu.Bagaimanapun, ibu saudaranya tetap memanjangkan isu tersebut dengan membalas mesej yang membawa maksud seolah-olah pihak keluarga tidak dihargai.Lelaki kongsi salah faham keluarga susulan majlis tunang adiknya pada Syawal keempat.Ibunya hanya mahu sahkan kehadiran tanpa sebarang paksaan.Mesej ibu saudara dalam grup keluarga mencetuskan ketegangan.Adik lelaki memohon maaf dan menjelaskan jemputan sekadar pelawaan.Netizen anggap situasi itu biasa berlaku dalam keluarga besar.Ringkasan ini dijana oleh AI"Nampaknya kami tidak mempunyai nilai atau tidak dihargai pada pandangan awak. Terima kasih banyak," katanya.Perkongsian lelaki itu menarik perhatian netizen menganggap situasi itu normal dan setiap keluarga pasti mempunyai ibu atau bapa saudara yang bersikap negatif. "Raya keempat, bukan raya pertama. Kecoh betul makcik kau ni bang. Kalau tak nak pergi buat tak tahu je."Tak boleh pergi cakap je la tak boleh makcik bukan makcik yang bertunang pun. Kenapa la nak susahkan hati orang lain," komen warga maya.