KEHILANGAN insan tersayang pasti memberi kesan besar dalam hidup seseorang.
Begitulah yang dialami anak gadis ini apabila bapanya meninggal dunia seminggu sebelum dia mengadakan majlis pertunangan.
Namun dia yang masih bersedih dengan kehilangan itu dikejutkan pula dengan sikap bakal ibu mentua yang keras kepala dan tidak sensitif.

Masyarakat perlulah mempunyai rasa simpati pada mereka yang baru kehilangan insan tersayang. -Gambar hiasan
Kisah tersebut dikongsikan sepupunya yang bersimpati dengan nasibnya yang seolah-olah tersepit dengan sikap bakal ibu mentua.
"Sepupu aku sepatutnya tunang bulan Oktober, tapi ayah dia baru meninggal dunia minggu lepas.
"Emak dia minta tangguhkan majlis dekat pihak lelaki sebab tengah dalam idah, tapi emak pihak lelaki marah," ujarnya di laman Thread.
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal tunang lepas raya, wanita pelik rakan ofis teruja nak hadir walau tak dijemput - “Dia dah plan nak pakai apa”
ARTIKEL BERKAITAN: Majlis tunang dah dekat, ibu kekasih buat hal dakwa tak tahu apa-apa... Anak pandai-pandai buat keputusan sendiri
Dakwanya lagi, bakal ibu mentua sepupunya itu juga seolah-olah tidak mempunyai rasa simpati apabila asyik bertanya tentang majlis pertunangan.
"Teman lelaki sepupu dah nasihat emak dia, adik-beradik, ayah teman lelaki yang pendiam tu pun dah nasihat.
"Tapi emak dia tetap dengan pendirian nak buat juga majlis tunang besar-besaran," kongsinya yang turut bersimpati dengan situasi dialami gadis berkenaan.
- Ayah meninggal seminggu sebelum majlis tunang Oktober.
- Ibu minta tangguh sebab idah, bakal mentua marah.
- Pihak lelaki dah dinasihat, ibu tetap berkeras.
- Cadangan tunda ke November pun ditolak.
- Pengantin perempuan buntu, terfikir nak putus.
Menurut wanita ini, keluarga sepupunya memohon untuk penangguhan namun ia tetap ditentang dengan alasan pihak lelaki sudah menjemput semua saudara-mara sama ada yang berada jauh mahupun berdekatan.
"Minta tunda bulan 11 pun tak nak, tetap berkeras nak bulan 10, nikah bulan 12.
"Perbincangan semua dah selesai masa merisik hari tu, ni (majlis bertunang) macam nak buat adat je.
"Siap kata mak pihak perempuan tak perlu keluar, buat malam, jiran tak nampak... macam-macam dia bagi rancangan," tambahnya lagi.

Warga maya turut mengecam sikap bakal ibu mentua sepupunya.
Susulan itu difahamkan sepupu kepada pengadu berhasrat untuk memutuskan ikatan dengan teman lelakinya.
Namun, teman lelakinya tidak bersetuju kerana masalah dihadapi berpunca daripada sikap ibunya yang keras kepala.
Di ruangan komen, ramai yang berkongsi pandangan dan nasihat selain ada yang mengkritik sikap bakal ibu mentua sepupu wanita ini.
"Abang saya meninggal hujung bulan 12, sepatutnya majlis nikah dan resepsi anak dia awal bulan 2 tapi kami teruskan majlis nikah di masjid dan tahlil di rumah... ustaz kata boleh.
"Lebih baik tundakan saja dulu, risau ada yang makan hati nanti.
"Bayangkan hal kematian yang terang-terang dalam Islam melibatkan hal idah pun bakal mak mentua tak boleh toleransi, aniaya nanti, makan hati berulam jantung," demikian reaksi warga maya.


