PENGALAMAN pahit dilalui seorang wanita ketika mengandung masih segar dalam ingatannya biarpun peristiwa itu sudah lama berlalu.
Berkongsi kisah dalam satu hantaran di Threads, katanya, insiden berlaku ketika dia keluar makan bersama keluarga suami sempena hari lahir ibu mentua.
Menurut wanita berkenaan, ketika itulah ibu mentua melemparkan kata-kata mengguris hatinya selepas dia membuat pesanan bebola daging di restoran dikunjungi mereka.

Wanita lebih mudah tersentuh hati ketika hamil akibat perubahan hormon. -Gambar hiasan
"Saya pesan meatball sebab tak lalu makan nasi. Baru je nak suap bebola daging tu ke mulut.
"Mak mentua cakap makan benda macam tu nanti anak keluar hitam (berkulit gelap). Dia ingat kelakar la tu," kata wanita itu dalam hantarannya.
Wanita itu menambah, mendengarkan kata-kata itu, suaminya terus membalas gurauan kasar dan sinis ibunya.
Namun apa yang diucapkan cukup membuatkan dia terasa hati sehingga terbantut selera untuk menikmati hidangan.
ARTIKEL BERKAITAN: Malang dapat bapa mentua mulut jahat, hina cucu hodoh berkulit gelap! Bagi alasan tak boleh puji, takut penyakit ‘ain’
ARTIKEL BERKAITAN: Mak sekadar nasihat usah bazir bersalin hospital swasta, wanita sarat hamil terus naik angin... Tuduh cemburu anak dapat suami kaya
Lebih menyedihkan, bayi yang disebut-sebut akan berkulit gelap itu kini sudah pun meninggal dunia tanpa bercerita lanjut.
"Suami saya jawab jangan la cakap macam tu. Minta-minta putih macam mommy dia. Mak mentua tersengih-sengih.
"Anak saya yang nenek dia cakap hitam tu sekarang dah dekat syurga. Nenek dia tu belum tentu mati masuk syurga.
- Wanita mengandung terkilan dengan kata-kata mentua ketika makan sempena hari lahir.
- Ibu mentua bergurau anak bakal lahir hitam kerana makan bebola daging.
- Suami segera menegur demi menjaga hati isteri yang sedang hamil.
- Anak yang disebut kini sudah tiada, meninggal sebelum sempat membesar.
- Wanita anggap ia hikmah kerana dari dalam kandungan lagi sudah menerima hinaan.
"Ada hikmah kenapa anak aku tak nak hidup lama dekat dunia ni. Dari dalam perut lagi kena hina, kalau lahir nanti tak tahu la macam mana," ujarnya.
Ramai yang bersimpati dengan nasib wanita ini seperti mana dapat dilihat di ruangan komen.
Ada yang berpendapat orang tua kadangkala bergurau kasar tanpa niat menghina tetapi sebenarnya menyayangi semua cucu mereka.

Sebahagian komen netizen di Threads.
"Ada sesetengah orang tua gurau kasar. Kadang dia tak maksudkan pun. Entah-entah lagi dia sayang cucu tu kalau hidup. Jangan la negatif sangat.
"Cakap kat mak mentua tu, Bilal bin Rabah pun hitam. Tapi amalan dia jauh lebih kuat daripada kita. Lepas tu tangan tu (sambil) tunjuk ke mentua tu.
"Mak mentua awak sebenarnya biadab ya. Tapi kenapa mentua ni kebanyakan jenis dengki dekat menantu perempuan atau ada je nak sakitkan hati," komen beberapa netizen.


