suria

Malang dapat bapa mentua mulut jahat, hina cucu hodoh berkulit gelap! Bagi alasan tak boleh puji, takut penyakit ‘ain’

Datuk dan nenek sepatutnya memberi kasih sayang yang sama rata terhadap cucu-cucunya. -Gambar hiasan

BERGURAU ada batasnya apatah lagi jika ia melibatkan keadaan fizikal seperti rupa paras anak kecil yang belum mengerti apa-apa.

Menurut seorang wanita, kata-kata bapa mentuanya terhadap anak kesayangan sewaktu majlis keluarga ternyata menggores hatinya sebagai ibu.

Dalam perkongsian di Threads, wanita berkenaan menceritakan bagaimana mentuanya secara terbuka menggelar cucu sendiri hodoh di hadapan ahli keluarga lain.

Setiap orang perlu menjaga tutur kata ketika berada dalam majlis keramaian. -Gambar hiasan

"Masa tu family gathering jadi semua orang ada. Apabila ayah mentua cakap anak saya hodoh, semua orang gelak.

"Yang tak gelak, saya dengan suami je. Dalam ramai-ramai cucu dia, anak saya je kulit tak cerah. Yang lain semua kulit putih," jelas wanita itu.

Menurut pengadu, sikap keluarga mentua berbeza dengan keluarganya sendiri yang sentiasa memuji wajah anaknya sejak kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: 3 keluarga huni satu flat... Wanita stres ragam mentua, ipar! Kena bertudung 24 jam, terpaksa tahan lapar sampai gastrik

ARTIKEL BERKAITAN: Demi puaskan hati mentua nak makan kenduri, menantu dalam pantang terpaksa berhimpit dalam kereta... Kena hadap perjalanan 6 jam!

Wanita itu turut menegaskan, dia tidak percaya dengan alasan kononnya memanggil seseorang hodoh adalah cara untuk mengelakkan penyakit 'ain'.

Sebaliknya, wanita ini menganggap ia sekadar kepercayaan yang tidak berlandaskan ajaran Islam.

"Famili saya, setiap kali jumpa anak saya mesti puji cakap handsome termasuk. Nyang (panggilan ahli keluarga) pun sampai besar puji muka anak saya manis, handsome.

"Jadi apabila ada yang cakap cara orang dulu-dulu kena panggil 'hodoh' sebab nak elak ain, bagi saya karut je semua tu.

  • Seorang wanita berkongsi kisah ayah mentua memanggil anaknya ‘hodoh’ ketika majlis keluarga.
  • Dia dan suami sahaja yang tidak ketawa, manakala ahli keluarga lain menganggapnya gurauan.
  • Wanita itu tidak percaya alasan memanggil hodoh untuk elak penyakit ‘ain’.
  • Dia menyifatkan kepercayaan itu karut dan bertentangan dengan ajaran Islam.
  • Netizen bersimpati serta cadangkan jawapan balas yang berhemah tetapi menyindir.

"Dalam Islam pun suruh cakap atau puji benda-benda baik je," tegasnya dalam hantaran tersebut.

Perkongsian itu menimbulkan perbincangan hangat dalam kalangan netizen yang rata-rata bersimpati dengannya.

Tidak kurang juga yang memberikan cadangan untuk membalas gurauan secara berhemah tetapi 'menusuk'.

"Orang cakap anak saya pendek pun, sampai sekarang saya tak bagi muka. Kalau ayah ke mak mentua cakap, sampai ke mati tak jumpa mereka pun tak apa.

Komen warga maya di media sosial.

"Apa pun yang orang cakap tentang anak-anak atau cucu-cucu saya ke... mereka tetap keturunan saya. Saya tetap pertahankan dan tak bagi muka. Mereka anugerah Allah pada saya.

"Awak jawab la elok-elok, mereka kan orang tua... nak bergurau la tu. Cakap je tak apa la ayah, hitam-hitam kain Kaabah tu tapi satu dunia suka.

"Putih-putih kain kapan tu satu dunia takut. Macam ayah la, dah tua entah-entah esok dah berkain kapan putih melepak tu kan. Lepas tu gelak besar-besaran," komen beberapa netizen.

Artikel Lain