LELAKI skema atau nerd sering dilihat sebagai pendiam, lurus dan kurang menyerlah berbanding golongan bad boy.Namun, dengan penampilan lebih kemas, fesyen bersesuaian serta keyakinan diri, mereka juga boleh kelihatan seksi dan menawan di mata wanita. Menurut seorang pengguna Threads, lelaki jenis ini sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri."Mereka hanya perlu belajar grooming sikit. Dapatkan gaya rambut yang bagus, penampilan bersesuaian dengan diri dan pilih cermin mata menarik."Mereka juga boleh lakukan senaman angkat berat, tambah sedikit otot, perbaiki emotional intelligence dan juga social skills," kongsi individu itu.Hantaran berkenaan menerima pelbagai komen daripada pelayar Threads, malah ramai yang turut bersetuju dengan pandangan itu.Lelaki skema akan kelihatan lebih menarik jika mereka memilih fesyen serta gaya bersesuaian. -Gambar hiasan AI"Tunggulah sampai kamu sedar yang lelaki nerd dan pendiam ini sebenarnya lagi bahaya berbanding jejaka yang nampak macam bad boys. "Saya juga suka lelaki Melayu yang nerd. Tapi mereka pula yang tak minat saya," tulis beberapa netizen.Tip penggayaan1. Tukar bingkai cermin mata- Elakkan bingkai terlalu tebal sehingga kelihatan seperti seorang pelajar.- Pilih rekaan minimal atau bingkai jenis besi yang membantu wajah kelihatan lebih kemas dan intelektual.2. Ubah gaya rambut- Ramai lelaki nerd cenderung membiarkan rambut terlalu lurus, nipis atau tanpa styling.- Potongan seperti textured crop, two block atau side part yang lebih clean boleh buat penampilan nampak lebih segar dan maskulin.3. Belajar layering- Cardigan, sweater nipis, jaket denim atau blazer santai boleh beri vibe smart guy yang lebih menarik tanpa nampak terlalu formal.4. Perbaiki postur badan dan cara berjalan- Ramai lelaki skema tanpa sedar suka tunduk atau terlalu awkward apabila berjalan.-Berdiri tegak dan lebih relaks boleh terus ubah aura daripada pemalu kepada lebih charming dan confident.