suria

Jangan terikut-ikut cara influencer simpan minyak wangi dalam peti sejuk... Ini 4 risiko yang anda kena tahu

Segelintir individu menyimpan minyak wangi mereka di dalam peti sejuk. -Gambar hiasan AI

RAMAI beranggapan menyimpan minyak wangi di dalam peti sejuk mampu membuatkan baunya tahan lebih lama serta kekal segar. 

Malah, ramai juga yang terikut-ikut dengan cara ini selepas melihat video pempengaruh menyimpan haruman mereka di dalam peti sejuk.

Namun, sejauh manakah keberkesanannya dan adakah ia mampu mengekalkan bau haruman anda?

Berikut kami kongsikan empat risiko penyimpanan minyak wangi di dalam peti sejuk.

1. Suhu tidak stabil setiap kali pintu dibuka

Setiap kali peti sejuk dibuka dan ditutup, suhu di dalamnya akan berubah-ubah. Perubahan kecil ini boleh mengganggu struktur kimia minyak wangi, sekali gus menjejaskan bau asalnya.

2. Kelembapan tinggi boleh rosakkan komposisi

Persekitaran dalam peti sejuk yang lembap boleh menyebabkan pemeluwapan (condensation) berlaku dalam botol, terutama jika tidak ditutup rapat. 

Ini boleh mencairkan atau mengubah profil bau minyak wangi.

Minyak wangi mahal juga mungkin tidak tahan lama jika salah cara penggunaannya. -Gambar hiasan AI

3. Bau lain boleh meresap masuk

Jika botol tidak benar-benar kedap udara, bau makanan atau bahan lain dalam peti sejuk boleh meresap masuk dan mencemari wangian tersebut.

4. Risiko temperature shock

Mengeluarkan dan memasukkan minyak wangi berulang kali dari peti sejuk menyebabkan perubahan suhu mendadak. Keadaan ini mempercepatkan proses kerosakan.

Cara terbaik simpan minyak wangi

* Simpan di tempat yang sejuk, gelap dan stabil, seperti dalam laci atau almari

* Jauhkan daripada cahaya matahari dan sumber haba

* Letakkan dalam kotak asal untuk perlindungan tambahan

* Elakkan simpan di bilik mandi kerana kelembapan tinggi

Seperti produk kecantikan lain, minyak wangi juga ada tempoh penggunaan.

Kebiasaannya ia tahan antara tiga hingga lima tahun, bergantung kepada komposisinya.

Selain itu, minyak wangi juga lebih tahan lama pada kulit yang lembap.

Jadi, sapukan pelembap tanpa bau sebelum memakai minyak wangi untuk hasil yang lebih optimum. -Agensi

Artikel Lain