suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib dibawa keluar dari Penjara Kajang menaiki Proton X70

Najib dibawa keluar menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70. -Foto Bernama

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan telah keluar dari Penjara Kajang dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 berwarna kelabu pada petang Jumaat.

Kenderaan berkenaan dilihat meninggalkan kawasan penjara selepas peguamnya, Muhammad Farhan Shafee tiba kira-kira pukul 2.15 petang bagi menyerahkan perintah mahkamah berkaitan pelaksanaan tahanan rumah.

Kenderaan tersebut turut diiringi beberapa kenderaan pengiring serta sebuah van Jabatan Penjara.

ARTIKEL BERKAITAN : Tabung solidariti capai sasaran, Umno bayar denda RM50 juta untuk Najib pagi tadi

ARTIKEL BERAITAN: Peguam Najib tiba di Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah

Pada pagi Jumaat, dilaporkan Najib telah melunaskan bayaran denda sebanyak RM50 juta di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bagi memenuhi syarat pengampunan bersyarat dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Pada 18 September lalu, Najib menerima pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang membolehkannya menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Untuk rekod, Najib, 73, dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah pada 28 Julai 2020 atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International. -The Star

Artikel Lain