suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dihina dan diganggu secara seksual, pekerja hilang sabar cekik tauke sayur sampai maut

Membunuh adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang. -Gambar hiasan AI

MAJIKAN yang juga pengusaha perniagaan sayur berusia 54 tahun dibunuh pekerjanya sendiri sebelum mayat mangsa ditanam bagi menyembunyikan jenayah itu.

Pembunuhan tersebut terbongkar selepas mangsa dilaporkan hilang oleh keluarganya selama hampir sebulan.

Mayat tauke sayur itu ditemukan tertanam di dalam saluran pengairan bekas kawasan ladang di Desa Pematang Bangsal, Sumatera Selatan, Indonesia, pada Rabu.

Ketua Polis Sungai Lilin, Marlin berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa daripada keluarga pada malam Isnin lalu selepas lelaki itu gagal dihubungi sejak 10 Oktober.

Menurutnya, keluarga pada awalnya menyangka mangsa sedang menjalankan urusan perniagaan di luar kawasan kerana sistem GPS kereta operasi jenis Daihatsu Sigra miliknya masih aktif.

Bagaimanapun, keluarga mangsa mula curiga apabila lokasi kenderaan itu dikesan bergerak ke arah Kabupaten OKU Timur sebelum isyarat komunikasi terputus sepenuhnya.

Hasil siasatan bersama Unit Jatanras Polis Sumatera Selatan, suspek berusia 22 itu berjaya diberkas di tempat persembunyiannya di Cengal, Ogan Komering Ilir pada Rabu.

Polis turut merampas kereta milik mangsa yang berada bersama suspek ketika tangkapan dilakukan.

Motif pembunuhan

Selepas ditahan, suspek dibawa ke lokasi mayat mangsa ditanam di Pemulutan Selatan yang juga merupakan kampung halamannya.

Suspek mendakwa tergamak membunuh majikannya kerana berasa tersinggung dan marah selepas sering dipandang rendah selain mendakwa pernah mengalami gangguan seksual sebanyak dua kali oleh mangsa.

FS mengaku membunuh mangsa ketika mereka berada di kawasan Sungai Lilin, Muba, dengan mencekik leher lelaki itu dari belakang.

Selepas didapati meninggal dunia, suspek menggunakan kereta milik mangsa untuk membawa mayat sebelum menyeretnya sejauh puluhan meter dari tepi jalan dan menanamnya di dalam saluran pengairan terbiar.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Bhayangkara Palembang untuk proses bedah siasat.

Polis masih menyiasat dakwaan gangguan seksual yang dibangkitkan suspek serta kemungkinan penglibatan individu lain dalam kes pembunuhan berkenaan. -Agensi

Artikel Lain