suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belum tayang dah kena kecam, penerbit ‘Takdir Terakhir: Last Dive’ dedah poster filem hasil kerja pelajar sekolah

Wendy minta jangan terus kecam poster yang tersebar di media sosial.

BELUM lagi memulakan tayangan, filem berjudul Takdir Terakhir: Last Dive sudah menerima banyak kecaman susulan penghasilan poster yang dilihat kurang kreatif dan didakwa tidak menepati standard perfileman.

Tampil menjelaskan perkara tersebut, penerbit dan pengarah filem berkenaan iaitu Datin Wendy Wong memberitahu imej yang tersebar bukanlah poster rasmi karya tersebut.

Sebaliknya, ia merupakan hasil ciptaan pelajar sekolah menerusi pertandingan reka cipta poster yang dianjurkan oleh pihaknya sebelum ini.

Antara luahan pengguna media sosial. 

"Poster rasmi belum dikeluarkan lagi. Itu merupakan poster selepas pertandingan yang dianjurkan untuk pelajar sekolah kerana kami mendapat sokongan Kementerian Pendidikan.

"Pemenang pertandingan itu nanti kami akan pilih untuk melakukan suntingan lebih teliti bagi dijadikan poster rasmi. Kita kenalah faham hasil kerja pelajar sekolah, mungkin mereka tidak menggunakan perisian yang betul," katanya ketika dihubungi mStar.

Wendy dalam masa sama tidak menyangka poster awal yang dikongsi mendapat respons pelbagai pihak termasuk luahan rasa kurang senang segelintir pihak, sehingga ada yang tampil memberikan idea baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sumpahan Jerunei cemerlang di luar negara, penerbit gementar menanti reaksi penonton tempatan 

ARTIKEL BERKAITAN: CGI filem Abu Si Raksasa kena kecam, Sophia Albarakbah akur belum capai standard... Tiada istilah ‘jual’ nama

Enggan isu poster tersebut terus menjadi kritikan, Wendy menasihati orang ramai supaya terus memberi galakan kepada golongan pelajar untuk menonjolkan bakat mereka dalam seni kreatif.

"Sedih bila ada yang kecam. Janganlah kecam, berikan galakan dan contoh yang baik. Apa yang dikecam itu adalah hasil kreatif pelajar sekolah," ujarnya.

Beberapa orang pengguna media sosial tampil memberi idea baharu penghasilan poster filem berkenaan. 

Berkongsi lanjut, Wendy juga memberitahu filem Takdir Terakhir: Last Dive memberi paparan istimewa tentang pemuliharaan laut yang jarang diketengahkan dalam mana-mana karya tempatan dan bakal memula tayangan pada 3 Disember. 

Filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Shiqin Kamal, Aniq Durar, Ameerul Afeendi, Fify Azmi dan Sandra Lim.

 

Artikel Lain