suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dah dapat tutor serasi, ada pula gangguan mata... Ibu seram bapa cikgu tuisyen lalu-lalang tak pakai baju di ruang belajar

Persekitaran dan suasana tempat belajar anak-anak wajarlah sentiasa selamat dan kondusif. -Gambar hiasan AI

SEBAGAI ibu, naluri untuk melindungi anak sentiasa menjadi keutamaan, lebih-lebih lagi apabila persekitaran tempat mereka menimba ilmu mula mendatangkan rasa tidak selesa dan membimbangkan.

Itulah yang dirasai seorang ibu apabila dia akhirnya nekad menghentikan anak perempuannya daripada terus mengikuti kelas tuisyen di rumah seorang guru.

Keputusan itu terpaksa diambil selepas dia mendapati bapa kepada guru terbabit sering berada di ruang tempat anak-anak murid belajar.

Maklum balas daripada ibu bapa murid dapat membantu guru tuisyen meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan. -Gambar hiasan AI

Maklum balas daripada ibu bapa murid dapat membantu guru tuisyen meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan. -Gambar hiasan AI

Lebih menambah rasa kurang selesa, lelaki terbabit juga didakwa tidak memakai baju apabila berada di kawasan berkenaan.

"Ada kalanya dia duduk di situ atau lalu-lalang, dalam keadaan tidak berbaju dan hanya memakai kain pelikat.

"Anak perempuan saya selesa tuisyen dengan cikgu tersebut, cuma saya tak berkenan dengan situasi dan keadaan di rumah tu," luahnya di Thread.

  • Ibu hentikan tuisyen anak perempuan kerana tidak sedap hati dengan persekitaran rumah guru.
  • Bapa guru didakwa sering duduk atau lalu-lalang tanpa baju, hanya berkain pelikat.
  • Anak selesa belajar dengan cikgu, tetapi ibu kurang senang dengan situasi tersebut.
  • Wanita itu meminta pandangan ramai kerana bimbang dirinya berfikiran melampau.
  • Rata-rata netizen menyokong tindakannya sebagai langkah berjaga-jaga.

Mengakui mengambil keputusan drastik dengan menghentikan anaknya daripada mengikuti kelas berkenaan, dia kini berbelah bahagi dan bimbang jika tindakannya itu dianggap terlalu mengikut perasaan.

Susulan daripada itu, dia cuba mendapatkan pandangan warga maya untuk menilai sama ada keputusan yang dibuatnya itu wajar atau sebaliknya.

Persoalannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya, rata-ratanya bersetuju dengan tindakan yang dilakukan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bertuah dapat pengasuh baik hati, caj RM350 kekal sejak 3 tahun lalu... Pulangkan duit kalau tak hantar anak

ARTIKEL BERKAITAN: Terima RM500 dalam akaun, ibu sengaja kongsi 'screenshot' resit di grup WhatsApp famili... Sindir anak lain tak beri wang

"Betul tindakan puan, better safe than sorry.

"Tuisyen di rumah cikgu biarlah di tempat dan suasana yang sesuai, apa pula ada orang lalu lalang tak pakai baju. Bagus ibu prihatin dengan keadaan anak," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain