suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita bertuah dapat pengasuh baik hati, caj RM350 kekal sejak 3 tahun lalu... Pulangkan duit kalau tak hantar anak

Mendapat pengasuh yang baik adalah satu rahmat besar. -Gambar hiasan AI

IBU bapa pastinya lega apabila mendapat pengasuh yang menjaga anak dengan baik, apatah lagi jika hubungan terjalin mesra sehingga dianggap seperti keluarga sendiri.

Begitulah dirasai seorang wanita apabila pengasuh anaknya bukan sahaja memahami keadaan dirinya, malah bertimbang rasa dalam soal bayaran penjagaan.

Berkongsi pengalaman menarik itu, ujarnya, dia menghantar anaknya kepada pengasuh berkenaan sejak bayi sehingga kini, hampir berusia tiga tahun.

Sepanjang tempoh tersebut, caj penjagaan kekal RM350 sebulan, malah pengasuh itu hanya menjaga anaknya dan tidak mahu menerima bayi lain.

Kebanyakan warga emas gemar menghabiskan masa dengan menjadi pengasuh. -Gambar hiasan AI

Kebanyakan warga emas gemar menghabiskan masa dengan menjadi pengasuh. -Gambar hiasan AI

"Dari bayi aku hantar dekat dia, sebulan dia ambil RM350 sampai sekarang dekat tiga tahun dah.

"Dari dulu dia mengasuh anak saya seorang saja, tak mahu ambil bayi lain," ujarnya di Threads.

Ceritanya lagi, kebaikan pengasuh tersebut membuatkan dia tetap membayar harga penuh meskipun hanya menghantar selama dua minggu sebulan.

Susulan itu dia berasa tersentuh hati dan sayu dengan sikap pengasuh berkenaan apabila mendapati sebahagian wang yang diberikan dipulangkan semula.

  • Seorang ibu berkongsi kebaikan pengasuh yang menjaga anaknya sejak bayi sehingga hampir berusia tiga tahun.
  • Bayaran kekal RM350 sebulan, malah pengasuh itu hanya menjaga anaknya tanpa menerima bayi lain.
  • Pengasuh memulangkan sebahagian bayaran kerana anaknya hanya dihantar dua minggu sebulan.
  • Bayaran turut dikurangkan apabila pengasuh mengambil cuti selama seminggu.
  • Netizen memuji sikap pengasuh dan mencadangkan pemberian hadiah atau bonus sebagai penghargaan.

"Sekarang aku hantar anak sebulan dua minggu saja, aku bayar juga RM350 sebab aku yang tak hantar.

"Tapi dia bagi kita duit pula sebab dia kata dia tak jaga sangat," kongsinya.

Tambahnya lagi, pengasuh tersebut juga berbeza dengan individu lain kerana turut mengurangkan bayaran sekiranya mengambil cuti selama seminggu.

"Dari dulu kalau dia cuti seminggu, dia suruh bayar sikit saja. Rezeki anak kita dapat pengasuh baik macam ini. Semoga acik selalu sihat dan kuat," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat dia jaga anak kau baik sangat?” - Terdengar amaran keras suami pengasuh, wanita nekad ambil EL... Tak jadi tinggal si kecil

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Babysitter’ rasa tak berbaloi dibayar RM100 sehari jaga anak klien pergi haji, penat mental dilayan macam orang gaji

Hantarannya mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya memuji kebaikan pengasuh terbabit yang ikhlas menjaga dan bukan hanya mahukan duit.

Tidak kurang juga yang mencadangkan supaya dia memberikan cendera hati kepada warga emas itu sebagai penghargaan.

"Awak belikanlah dia makanan atau barang dapur yang dia boleh bagi juga pada anak awak, besar rahmat dapat pengasuh macam ini.

"Bukan senang nak jumpa orang baik, kalau pengasuh baik macam ini... raya nanti bagilah bonus," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain