suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita ada misi hadir kenduri kahwin bekas BF, nak tengok wajah penyondol... Gigih lentikkan bulu mata pukul 12 tengah malam!

Seorang wanita sanggup bersolek pada lewat malam demi hadir ke perkahwinan bekas teman lelakinya. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita gigih 'pasang badan' semata-mata ingin hadir ke majlis perkahwinan bekas teman lelakinya.

Bagaimanapun niat wanita itu mahu hadir ke majlis tersebut bukan kerana ingin memberi restu sebaliknya ingin melihat wajah pengantin perempuan.

Seperti diceritakan oleh seorang jurusolek, wanita itu mendakwa isteri bekas kekasihnya itu adalah individu sama yang merampas lelaki berkenaan daripadanya.

Undangan majlis kahwin dari bekas pasangan boleh mengundang rasa cemburu. -Gambar hiasan AI

Menurut jurusolek tersebut, dia mengetahui perkara tersebut selepas wanita itu meminta khidmat melentikkan bulu mata sehari sebelum majlis berlangsung.

Anehnya, permintaan itu dibuat tepat pukul 12 malam yang menurutnya satu situasi janggal sepanjang bergelar jurusolek profesional.

"Pukul 12 malam dia datang rumah saya, miss… boleh buat lashes lagi ke? Saya tengok jam… 12 malam! Saya tanya esok ada event ke?

  • Seorang wanita sanggup membuat persiapan kecantikan pada lewat malam demi menghadiri majlis perkahwinan bekas teman lelakinya.
  • Wanita itu meminta khidmat jurusolek untuk membuat sambungan bulu mata, manikur dan pedikur sehari sebelum majlis.
  • Dia mahu tampil cantik kerana ingin melihat sendiri wanita yang pernah dikaitkan sebagai orang ketiga dalam hubungan lamanya.
  • Permintaan pukul 12 tengah malam itu mengejutkan jurusolek berkenaan kerana dianggap luar biasa sepanjang pengalamannya bekerja.

"Dia jawab selamba, esok saya pergi wedding ex saya, dia kahwin dengan skandal dia.

"Nak request eyelash extension manicure, pedicure, saya mau cantik esok.

"Saya datang sebab saya nak tengok perempuan yang dulu jadi skandal dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup jamuan di sekolah, cikgu bakal bersara ‘request’ majlis di hotel! Guru pening diminta bayar RM200 beli hadiah emas

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal isteri desak nak majlis mewah, lelaki nekad batalkan perkahwinan! Kini selesa hidup membujang, pilih bahagiakan ibu

"Akhirnya jadi isteri dia, at least kalau saya sakit hati biarlah dengan bulu mata cantik," kongsinya.

Dalam pada itu, kehadirannya ke majlis tersebut adalah atas jemputan dari pihak pengantin lelaki berkenaan.

Akui tidak menyimpan dendam mahupun rasa cemburu atas apa yang berlaku, wanita terbabit sebaliknya cuma mahu memenuhi jemputan itu walaupun empunya badan merupakan bekas teman lelakinya.

Artikel Lain

Bersama rehatkan Nik Nazmi 3 bulan