BIASANYA sebelum melakukan perjalanan jauh, perancangan rapi perlu dilakukan termasuk memastikan kenderaan diselenggara dengan baik.Sekiranya aspek itu diabaikan, ada kemungkinan kenderaan boleh rosak di pertengahan jalan. Melaui situasi tersebut, seorang wanita memberitahu kereta milik suaminya rosak ketika mereka dalam perjalanan dari Perlis ke Pahang.Kerosakan kenderaan boleh mencecah nilai ribuang ringgit. -Gambar hiasan AI"Padah tak mahu dengar cakap isteri, aku dah kata tak sedap hati nak pergi kenduri sampai ke Pahang sebab tak yakin dengan keadaan kereta suami."Tapi mak mentua dan suami beria-ria nak pergi. Lepas itu kereta rosak tengah highway Changkat di Perak," luahnya di Threads.Sudahlah terkilan dan kecewa kerana apa disuarakan tidak diendahkan, suami pula mendesak dia menyerahkan RM2,000 bagi membaiki kerosakan kereta.Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila kereta suaminya rosak ketika dalam perjalanan dari Perlis ke Pahang.Menurutnya, suami dan ibu mentua tetap beria-ia mahu pergi sebelum kereta mengalami kerosakan kotak gear di lebuh raya berhampiran Changkat, Perak.Wanita itu mendakwa mereka dikenakan bayaran bengkel lebih RM400.Dia semakin terkilan apabila ibu mentua berseloroh menyuruhnya meminjam daripada ibunya sendiri.Perkongsian itu mengundang reaksi netizen yang rata-ratanya meminta wanita tersebut mengabaikan permintaan berkenaan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kena 'kapak' dengan bengkel, rupa-rupanya masalah gearbox. Lepas itu tanya isteri mana nak dapat RM2,000. Mak mentua pula melawak suruh pinjam dekat mak aku."Melawak pun buat sakit hati sedangkan dia yang tergedik-gedik nak pergi sampai tak selidik kewangan anak sendiri," luahnya kecewa.Tidak hanya perlu menampung kos membaiki kereta, wanita itu memberitahu dia juga menanggung kos sepanjang percutian ke Pahang termasuk keperluan anak kembar mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bising mak mentua minta suami tukar Vellfire sebab Vios sempit... Tak sedar diri gaji anak RM5,000!ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua tunjuk perangai keji! Suruh anak lelaki ‘cuci mata’ tengok perempuan cantik, tak hormat perasaan menantuHantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meminta dia mengabaikan permintaan daripada ibu mentua dan suaminya itu."Suruh je mak mentua pajak gelang dan cincin emas dia, selesai masalah sebab dia yang nak pergi."Menyampah betul dengan orang yang tak ada duit tapi paksa rela nak berjalan ikut kepala dia," demikian reaksi netizen.