TIDAK dinafikan, ada segelintir ibu bapa yang kurang memahami kekangan kewangan anak, terutama selepas mereka mendirikan rumah tangga dan perlu menanggung pelbagai komitmen.Seorang wanita meluahkan rasa kurang senang apabila ibu mentuanya mencadangkan supaya suaminya menukar kereta kepada kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire. Menurut wanita itu, cadangan tersebut dianggap tidak sepadan dengan kemampuan suaminya yang memperoleh pendapatan sekitar RM5,000 sebulan.Ibu bapa disarankan tidak memberi nasihat yang salah kepada anak menantu. -Gambar hiasan AI"Mak mentua aku ni ingat anak dia gaji RM50,000 ke sampai nak suruh ambil Vellfire, padahal laki aku gaji RM5,000 saja."Dia kata dekat suami... kamu kena tukar kereta dah... Vellfire la. Takkan nak naik Vios, mana muat mak dekat belakang dengan adik-adik kamu ni lagi'," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Menantu terkedu suami bantu mengemas disindir ibu mentua, dianggap macam ‘lembu kena cucuk hidung’ARTIKEL BERKAITAN: Pernah tolong cebok, mandikan mentua sakit... Kebaikan menantu wanita ini akhirnya dibalas fitnah curang!Jelas wanita itu, keadaan kewangan suami menjadikan impian ibu mentuanya itu sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan.Katanya, membeli kereta bukan perkara kecil kerana perlu mengambil kira pendapatan serta tanggungan sedia ada."Mak, gaji dia tak lepas nak beli kereta idaman mak ni."Nak beli Perodua Alza terpakai pun belum tentu lepas," katanya.Ibu mentua mahu anak menukar Vios kepada Vellfire.Menantu berkata suaminya hanya bergaji RM5,000 sebulan.Alza terpakai juga dikatakan belum tentu mampu dimiliki.Wanita enggan suami terbeban dengan komitmen di luar kemampuan.Netizen tegur ibu bapa yang meletakkan kehendak melebihi kemampuan anak.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian wanita itu di media sosial menarik perhatian netizen yang mengakui ada sebahagian ibu bapa bersikap demikian tanpa mengambil kira kemampuan anak."Dah tahun 2026, masih ada mak ayah yang minta anak tukar kereta besar supaya nampak lagi gah dari anak jiran atau anak saudara lain."Selera besar sangat sampai sanggup nak susahkan anak sendiri untuk kesenangan diri dengan anak-anak yang lain," komen netizen.