KESIBUKAN mengurus rumah tangga kadang kala membuatkan ada sebahagian para isteri terlepas pandang memberi perhatian tentang penjagaan dan penampilan diri.Seorang wanita berkongsi kisah apabila suaminya secara bersahaja menegur dirinya supaya lebih menjaga penampilan dan kebersihan diri. Menurut wanita itu, teguran berkenaan dibuat suaminya secara bersahaja ketika mereka sedang berbual.Lelaki mudah tertarik dengan bau wangi wanita. -Gambar hiasan AI"Dia kata awak, cuba wangikan diri sikit. Saya terus balas, banyak cekadak awak. Tak wangi sangat, kan?"Meh sini duit, bawa saya pergi spa. Kalau tak, bau ketiak masam saya selama-lamanya," katanya kepada suami. Namun, suaminya hanya mendiamkan diri mendengar jawapan tersebut sehingga membuatkan dia berasa serba salah.Teguran itu juga membuatkan dia terkenang kembali fasa awal perkahwinan mereka dan dia sangat mementingkan penampilan.ARTIKEL BERKAITAN: Hari-hari cari parkir sebelah ‘crush’, terpikat bau wangi... Lelaki tengah angau rasa nak berhenti kerja lepas tahu kisah sebenar!ARTIKEL BERKAITAN: Nak pasang skru pun tak reti! Wanita serabut suami ‘buta’ bab pertukangan, syok main telefon tengok isteri pasang almari"Aku teringat zaman baru kahwin. Dulu dia selalu puji aku wangi. Sekarang sudah lama kahwin, mandi pun kadang-kadang asal bersih sudah," katanya.Tambahnya, dia juga terbawa-bawa dan bersikap 'overthinking' sehingga timbul kebimbangan lelaki tersebut mungkin akan berlaku curang di belakangnya."Malam itu juga aku cari dekat Threads. Aku nak tahu macam mana perempuan lain boleh tahan wangi satu hari. Ramai yang cadangkan guna body oil."Dah laki sendiri suruh wangi, kita tunaikan permintaan," katanya.Suami bersahaja menegur isteri supaya lebih menjaga keharuman badan.Wanita itu pada mulanya berseloroh meminta suami membawanya ke spa.Teguran tersebut membuatkannya terkenang zaman awal perkahwinan.Bimbang suami tertarik wanita lain, dia mencari petua untuk kekal wangi.Netizen berpendapat teguran pasangan boleh menjadi tanda mengambil berat.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian warga maya terutama golongan isteri yang mengakui teguran suami mengenai penampilan amat merisaukan."Saya pun risau kalau badan berbau, takut suami tak nak dekat. Saya pakai tiga jenis pewangi, minyak wangi semburan, minyak wangi calit dan body mist."Suami yang sayangkan isteri akan tegur. Yang tak sayang isteri dia akan diam je, lepas itu diam-diam cari lain," komen netizen.