JATUH cinta adalah lumrah dalam kehidupan danperasaan itu boleh hadir tanpa diduga apabila hati mula berkenaan.Begitulah juga dengan seorang lelaki yang mula menyimpan perasaan terhadap rakan sekerjanya kerana tertarik dengan penampilan wanita tersebut. Menurut lelaki itu, sikap wanita berkenaan yang sentiasa mesra dengan orang sekeliling juga berjaya menambat hati dan perasaannya.Ada wanita muda kelihatan seperti belum berumah tangga kerana penampilannya seperti wanita bujang. -Gambar hiasan AI"Sejak kenal dia, aku punya tahap angau ni sampai hari-hari cuba nak parkir sebelah kereta dia, lalu sebelah meja dia."Kadang aku saja pergi tandas dengan harapan terserempak dengan dia. Kalau dia cuti, mula la aku rasa tiada pedoman hidup," katanya.ARTIKEL BERKAITAN:Masuk pejabat jadi pendiam, kurang bergaul… Wanita terkejut jumpa akaun ‘X’ rakan ofis, ‘warna’ sebenar akhirnya terbongkar!ARTIKEL BERKAITAN:Dua hari ‘penyeri’ pejabat tak datang kerja, wanita terduduk dapat tahu rahsia rakan - “Paling suka buat lawak, macam tak ada masalah”Bagaimanapun, perasaannya berkecai selepas mendapat tahu wanita berkenaan sebenarnya berstatus isteri orang dan sudah mempunyai anak yang masih bersekolah rendah."Paras rupa nampak macam muda betul. Walaupun berisi sikit tapi dia memang cantik. Tak nampak macam mak orang. Wangi je dari pagi sampai petang," katanya.Bukan itu sahaja, dia turut menyukai sikap wanita berkenaan yang sering membawa serta berkongsi makanan dengan rakan-rakan di pejabat.“Setiap karakter dia memang aku suka, tetapi semua ini macam sudah salah langkah.“Berapa lama lagi aku kena tunggu untuk hilangkan perasaan ini? Takkan nak kena tukar kerja pula,” katanya.Lelaki angau dengan rakan sekerja yang diminatinya.Dia sanggup cari peluang untuk terserempak setiap hari.Wanita itu rupanya isteri orang dan mempunyai anak.Lelaki itu mengaku sukar melupakan perasaannya.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang berpandangan penampilan wanita yang berhias berlebihan kadang kala boleh menimbulkan salah faham di tempat kerja."Sebab tu aku pergi kerja lipstik pun tak pakai sebab risau jadi macam ni, nak elak jadi masalah. Takut, dari suami percaya pergi kerja jadi masalah lain pula."Wangi bukan main, mekap berlebihan memang akan ada mata memandang. Nak cantik-cantik sangat ni keluar dengan keluarga tak mengapa," komen warga maya.