suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Waktu ‘healing‘ seorang diri di kedai makan terganggu, wanita rimas kerap direnung lelaki tua - “Jujur cakap, mereka memang gatal”

Kebanyakan wanita rimas apabila mereka menjadi tumpuan lelaki. -Gambar hiasan AI

SETIAP wanita pastinya tidak selesa apabila diri mereka menjadi perhatian lelaki yang tidak dikenali.

Menurut seorang wanita, dia acap kali berdepan situasi itu apabila mendakwa sering diperhatikan lelaki tua ketika berada di kedai makan.

"Kenapa lelaki tua suka tenung orang? Saya bukanlah perasan, saya pun tak rasa mereka pandang secara seksual.

Ramai warga emas hidup sunyi kerana berjauhan dengan anak-anak. -Gambar hiasan AI

"Ini lebih kepada tenung menyibuk atau tenung tanpa sebab. Dulu saya segan. Lama kelamaan, saya tenung mereka balik sampai mereka alihkan muka.

"Ingat selamatlah pergi kedai, warung atau mamak yang ada pakcik-pakcik, tapi rupanya menjengkelkan. Sebab itu saya tenung balik sampai mereka malu," ujarnya.

Hantaran di aplikasi Threads itu meraih perhatian ramai sehingga dihujani pelbagai komen.

  • Wanita raih perhatian selepas kongsi pandangannya tentang lelaki warga emas.
  • Dia mendakwa kerap diperhatikan lelaki tua setiap kali pergi ke kedai makan.
  • Lama kelamaan, dia mula membalas semula perbuatan sama sehingga pelaku malu.
  • Netizen minta wanita itu tidak buruk sangka kerana tak semua warga emas miang.

Malah, beberapa wanita turut berkongsi pandangan sama dan meminta kaum Hawa berhati-hati dengan warga emas miang.

"Jangan fikir lelaki tua tiada nafsu. Aku pernah dua kali kena ganggu. Pelaku umur 60-an dan 70-an. Yang umur 70-an tu aku siap lapor polis.

"Jujur cakap, mereka memang gatal. Mereka pandang macam itu dekat perempuan je. Lelaki tak dipandang macam itu pula," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar universiti target lelaki kaya, dapat umur lebih 50 tahun lagi suka! - “Saya minat Datuk dan Tan Sri”

ARTIKEL BERKAITAN: Harap mak ayah carikan jodoh, ‘dihulurnya’ lelaki tua... Tak sangka tengok harta! - “Katanya pakcik tu baik, duit berkepuk”

Namun, ada juga netizen yang tidak bersetuju dan meminta kaum Hawa agar tidak bersangka buruk dengan warga emas.

"Mungkin mereka sunyi atau perlukan seseorang untuk berborak.

"Mungkin mereka rindu anak-anak. Mereka teringat anak lepas tengok kamu," tulis individu itu pula.

Artikel Lain