Ada kalanya campur tangan ibu bapa memberikan tekanan kepada anak yang bakal mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan AI
KEBANYAKAN pasangan pada zaman kini lebih memilih untuk meraikan hari bahagia secara sederhana demi mengurangkan beban kewangan.Mereka lebih cenderung untuk menyimpan wang bagi keperluan selepas berkahwin seperti tempat tinggal, kenderaan, berbulan madu termasuk menyimpan untuk waktu kecemasan. Namun hasrat seorang wanita mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana mendapat tentangan daripada bapanya sendiri yang menetapkan jumlah wang hantaran terlalu tinggi iaitu sebanyak RM23,000."Ayah minta dalam RM23,000 untuk hantaran tapi keluarga teman lelaki cakap mereka tidak akan teruskan kalau hantaran atas RM15,000," tulisnya dalam hantaran di Threads.Wang hantaran sudah menjadi sebahagian 'tradisi' dalam majis perkahwinan Melayu ketika ini. -Gambar hiasan AILebih membuatkan wanita itu buntu, bapanya mengugut enggan menjadi wali sekiranya keluarga lelaki tidak memenuhi jumlah hantaran diminta."Ayah tak nak jadi wali kalau tak ikut apa dia nak. Susahnya orang tua tak nak bagi kerjasama macam ini," luahnya.Wanita itu mengakui situasi berkenaan membuatkan dirinya berasa serba salah, malah malu berhadapan dengan keluarga bakal suaminya.ARTIKEL BERKAITAN: Bakal mentua ‘upgrade’ hantaran lepas anak naik pangkat kerani kanan! Waktu merisik setuju RM15,000... Lepas 2 minggu minta RM25,000ARTIKEL BERKAITAN: “Aku tak layak diperjuangkan ke?” - Bakal suami ajak ‘share’ duit hantaran RM15,000, wanita rasa maruah diri dipijak!"Macam nak jual anak, kan? Saya sampai fikir, apa saja yang ada pada diri ini sampai dia (ayah) demand tinggi sangat?" luahnya.Menurutnya, dia sebenarnya tidak mengharapkan majlis yang besar atau mewah kerana mahu meringankan beban bakal suami.Malah dia berharap wang yang ada boleh digunakan untuk membina kehidupan selepas mereka bergelar suami isteri."Saya nak buat simple saja, nak senangkan bakal suami. Lepas kahwin boleh enjoy sebab tak spend duit banyak," katanya.Seorang wanita dilema apabila bapanya menetapkan wang hantaran RM23,000, sedangkan keluarga bakal suami hanya mampu RM15,000.Bapanya mengugut enggan menjadi wali jika jumlah hantaran yang diminta tidak dipenuhi.Wanita itu serba salah dan malu kerana tidak mahu membebankan bakal suaminya.Dia mahu mengadakan majlis secara sederhana supaya wang boleh digunakan untuk kehidupan selepas berkahwin.Warga maya menyarankan wanita itu berbincang dengan bapanya atau mendapatkan pandangan pejabat agama.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan simpati terhadap wanita berkenaan selain menasihatkan supaya dia berbincang secara baik dengan bapanya bagi mencari jalan penyelesaian yang tidak membebankan mana-mana pihak.Namun ada menyarankan wanita tersebut mendapatkan pandangan daripada pejabat agama berhubung situasi dihadapinya."Kadang sedih baca fasal bab wali. Menyusahkan perempuan betul kalau wali bermasalah."Pergi pejabat agama dan cerita situasi sebenar. Boleh dah tu mohon wali hakim sebab bapa awak enggan jadi wali," komen netizen.