IMPIAN sepasang kekasih untuk mendirikan rumah tangga berkecai apabila majlis perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada bulan hadapan terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.Semuanya gara-gara wang hantaran yang pada asalnya dipersetujui sebanyak RM15,000 tiba-tiba dinaikkan kepada RM25,000 selepas bakal pengantin perempuan mendapat kenaikan pangkat. Nasib malang yang menimpa bakal pengantin lelaki itu diceritakan semula oleh sepupunya yang bersimpati dengan ujian berat berkenaan.Menurutnya, kedua-dua keluarga pada awalnya sudah mencapai kata sepakat mengenai jumlah wang hantaran, sebelum ibu pihak perempuan secara mengejut mengubah keputusan dua minggu kemudian.Persediaan perkahwinan akan dibuat lebih awal bagi memastikan kelancaran majlis. -Gambar hiasan AI"Kasihan saudara aku, majlis bulan depan batal pada saat akhir sebab bakal mentua tamak."Awal-awal dah setuju hantaran RM15,000. Tiba-tiba dua minggu kemudian emak pihak perempuan tuntut naik kepada RM25,000 sebab anak baru naik pangkat sebagai kerani kanan," kongsinya di laman Thread.Apa yang menyedihkan, sepupunya yang berkelulusan peringkat ijazah sarjana mengaku tidak mampu menyediakan tambahan RM10,000 memandangkan kebanyakan wangnya sudah dilaburkan untuk persediaan majlis.Namun malangnya, niat baik untuk berbincang secara elok dibalas dengan herdikan, malah dia turut dihalau secara halus supaya berpisah.Majlis perkahwinan sepasang kekasih dibatalkan pada saat-saat akhir.Bakal mentua menaikkan wang hantaran daripada RM15,000 kepada RM25,000.Kenaikan itu dibuat selepas bakal pengantin perempuan dinaikkan pangkat sebagai kerani kanan.Bakal pengantin lelaki tidak mampu menambah RM10,000 kerana sudah membayar deposit dewan dan katering.Netizen menasihatinya menuntut ganti rugi susulan pembatalan majlis dan perubahan persetujuan awal.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sepupu cakap tak mampu sebab duit dah habis bayar deposit dewan dan katering."Tapi makcik tu boleh jawab... kalau tak mampu, tak payah ambil anak makcik, kami boleh cari lelaki lain yang lagi berduit," tambahnya sambil mengimbau insiden yang berlaku itu.Melihat keangkuhan sikap wanita berkenaan, individu ini beranggapan bahawa bakal mentua sepupunya itu seolah-olah bukan mahu mencari menantu, sebaliknya seperti berniat 'menjual' anak secara terhormat.Perkongsian berkenaan mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya membidas tindakan sesetengah keluarga mengeksploitasi wang hantaran mengikut jawatan atau kelulusan akademik.ARTIKEL BERKAITAN: Ijazah dah cukup! Wanita pesan jangan belajar tinggi, majikan tak minat... Tiada pengalaman, terlebih layak punca susah dapat kerjaARTIKEL BERKAITAN: Pemuda 'demam' GF lulusan diploma minta hantaran 40K, ramai syak cara sopan tolak cinta - "Kalau tak faham, tak tahulah"Tidak kurang juga yang menitipkan nasihat supaya dia menuntut wang ganti rugi kerana majlis dibatalkan dengan pelanggaran 'janji'."Boleh tuntut ganti rugi sebab dah janji awal dengan syarat tertentu, tapi tiba-tiba ubah ikut suka hati pula."Nasib baik tak jadi, Tuhan nak tunjuk dekat kau betapa tak berduitnya bakal mentua, teruskan hidup seperti biasa saja."Ada kawan aku jadi macam ni tapi berkahwin juga, mentua minta tambahan RM50,000 dan lepas kahwin dia tak peduli keluarga mentua dah walaupun waktu raya," demikian reaksi netizen.