SEGELINTIR lelaki terpaksa menangguhkan hasrat untuk menamatkan zaman bujang kerana belum mampu menyediakan wang hantaran untuk bakal isteri.
Di Thread, seorang pemuda turut tular selepas berkongsi kisah rakannya yang diminta untuk menyediakan wang hantaran sebanyak RM40,000.
Menurut pemuda itu, dia sedih melihat impian rakannya untuk bernikah musnah hanya kerana tidak mampu untuk memenuhi permintaan berkenaan.

Banyak wang perlu dibelanjakan untuk mengadakan majlis perkahwinan. -Gambar hiasan AI
"Kawan baru je nak ajak nikah. Sekali perempuan tu minta hantaran RM40,000. Termenung member. Geng-geng lain semua hantaran RM7,000, RM8,000 dan RM10,000.
"Giliran dia, kena hantaran RM40,000. Terus putus kawan tu. Sedih pula tengok. Aku tengok perempuan tu cantik dan bertudung.
"Dia ada diploma dalam bidang perhotelan. Tapi tu la, kalau RM40,000, demam terus," tulis pemuda berkenaan.
- Pemuda dedah kisah rakannya yang diminta membayar hantaran RM40,000.
- Dia berkata buah hati rakannya itu hanya belajar sehingga peringkat diploma.
- Rakannya terpaksa melupakan hasrat untuk berkahwin kerana nilai hantaran terlalu tinggi.
- Netizen kata permintaan itu sebenarnya cara wanita itu menolak cinta pemuda berkenaan.
Di ruangan komen, netizen berpendapatan wanita itu meletakkan nilai hantaran tinggi sebagai cara sopan untuk menolak cinta pemuda berkenaan.
"Sebenarnya dia tak nak kahwin dengan orang tu. Dia saja bagi (nilai) tu supaya orang tu tak mampu.
"Mak ayah perempuan tu nak reject secara halus tu. Suruh member kau gerak cari (perempuan) lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita lepasan ijazah dalam dilema, bakal suami minta lagi ‘diskaun’ hantaran selepas 2 kali ‘nego’ - “Mahal sangat ke RM10,000?”
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki saman tunang sebab makan banyak, tuntut hantaran dan kos belanja sepanjang percintaan
"Itu namanya reject secara halus. Kalau tak faham lagi, tak tahulah," tulis beberapa netizen.
Malah kata netizen, ramai lagi wanita yang memiliki tahap pendidikan lebih tinggi, namun meletakkan nilai hantaran berpatutan.
"Diploma perhotelan minta RM40,000? Isteri aku ijazah kejuruteraan pun minta RM15,000 je.
"RM40,000 ni kalau tahfiz al-Quran berbaloi la. Selain daripada tu, maaf ya, kecuali kedua-duanya sama T20," komen netizen lagi.


