suria

Wanita lepasan ijazah dalam dilema, bakal suami minta lagi ‘diskaun’ hantaran selepas 2 kali ‘nego’ - “Mahal sangat ke RM10,000?”

Nilai wang hantaran sepatutnya dipersetuji antara dua pihak. -Gambar hiasan AI

ISU berkaitan jumlah hantaran sering menjadi perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat khususnya Melayu.

Di Threads, seorang wanita meraih perhatian selepas mendakwa bakal suaminya meminta 'diskaun' jumlah hantaran yang akan diberikan.

"Mahal sangat ke hantaran RM10,000? Tolong beritahu saya. Sebenarnya dah 'nego' tau.

Ramai lelaki yang sanggup berbelanja besar demi kebahagiaan pasangan. -Gambar hiasan AI

"Dari RM20,000, turun kepada RM15,000. Akhirnya sekarang RM10,000. Ni pun nak 'nego' lagi," tulisnya.

Menurut wanita itu, dia kini berusia 24 tahun dan baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat ijazah pada tahun lalu.

Di ruangan komen, ada segelintir netizen berpendapat nilai RM10,000 sebagai hantaran dilihat sudah tidak relevan pada zaman sekarang.

  • Gadis dakwa bakal suami minta kurangkan nilai hantaran perkahwinan.
  • Nilai RM20,000 kini diturunkan kepada RM10,000.
  • Gadis itu berkata dia merupakan lepasan Ijazah.
  • Ramai netizen minta gadis itu perjuang nilai dirinya.

"Kalau dia tak boleh nak sediakan RM10,000, dia tak layak untuk berkahwin. Hantaran ni pengukur untuk kita tengok kesanggupan susah senang, usaha dia untuk pegang tanggungjawab.

"RM10,000 tu dari zaman Majapahit. Kalau dari RM20,000, kemudian RM10,000 pun minta kurang lagi, tak tahulah nak cakap macam mana.

"Tak kira berapa jumlahnya. Kalau dia nak, dia perlu usahakan. Jangan 'downgrade' diri awak.

ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia ‘pecah’ lepas 5 tahun kahwin! Rupanya famili mentua ‘rembat’ 15K duit hantaran - “Kantoi busuk macam tu je”

ARTIKEL BERKAITAN: “Muka tak lawa mana, duduk hulu” - Minta hantaran 30K, pemuda tinggalkan kekasih gadis desa kuat berangan

"Dik, RM10,000 tu rate tahun 2008. Sekarang dah tahun 2026," tulis beberapa netizen.

Namun, ada juga warga maya yang meminta gadis itu agar tidak terlalu memandang nilai hantaran yang bakal diterimanya.

"RM100,000 jadi murah kalau mampu. RM1,000 jadi mahal kalau tak mampu. Bincanglah kemampuan masing-masing.

"RM10,000 tu standard. Isteri saya pun hanya RM10,000 walaupun ada master, degree dan dia peguam," tulis netizen lagi.

 

Artikel Lain