suria

“Muka tak lawa mana, duduk hulu” - Minta hantaran 30K, pemuda tinggalkan kekasih gadis desa kuat berangan

Nilai hantaran biasanya dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, lelaki dan perempuan. -Gambar hiasan AI

USIA muda sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya untuk membina masa depan, bukannya disia-siakan dengan perkara remeh.

Di Threads, seorang wanita meraih perhatian selepas berkongsi kisah percintaan seorang pemuda yang merupakan anak saudaranya, berusia 22 tahun.

Menurut wanita itu, anak saudaranya itu memutuskan hubungan selepas teman wanita meminta jumlah hantaran yang tidak masuk akal.

Ramai lelaki tidak berkahwin kerana dibebani masalah kewangan. -Gambar hiasan

"Anak buah saya sedang belajar peringkat ijazah. Dia putuskan hubungan sebab kekasih yang lebih berusia tu minta hantaran RM30,000.

"Dia juga minta mas kahwin RM15,000, kenduri 100 peratus pihak lelaki tanggung. Muka tak lawa mana, nak kata kaya pun duduk hulu.

"Pandai? Jauh sekali. Budak tu baru plan nak hidup, dia dah sibuk nak kahwin hantaran tinggi," kongsi wanita itu.

  • Pemuda usia 22 tahun putuskan hubungan kerana kekasih minta hantaran RM30,000.
  • Kekasihnya juga minta pihak lelaki tanggung sepenuhnya kos majlis perkahwinan.
  • Permintaan itu dianggap tak sepadan dengan rupa, kedudukan kewangan dan tahap pendidikannya.
  • Netizen sokong keputusan pemuda itu kerana dia dianggap masih muda untuk berkahwin.
  • Ramai kritik permintaan hantaran tinggi dan nasihat lelaki itu supaya fokus pada pengajian serta kerjaya terlebih dahulu.

Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi netizen yang mana rata-ratanya bersetuju dengan tindakan anak saudara wanita berkenaan.

"Bagus, umur 22 masih muda lagi. Lepas umur 28 bolehlah mula cari (jodoh).

"Melampau hantaran RM30,000. Anak kita doktor pun tak minta macam tu. Saya suruh menantu sediakan mas kahwin dengan hantaran RM2,000 pun dah cukup.

ARTIKEL BERKAITAN: Di bandar 'free hair', gaya hidup 'liar'... Balik kampung bertudung! Lelaki anggap kekasih tak sedar diri letak hantaran 19K

ARTIKEL BERKAITAN: Demi tebus barang kemas di kedai pajak, bakal mentua ‘cekau’ RM8,000 wang hantaran anak… Pemuda terus bersemuka!

"Perempuan itu delusional. Syabas buat anak saudara awak selepas tinggalkan makhluk perasan tu.

"Nasihat saya kepada lelaki, habiskan pengajian dan cari kerja dengan gaji yang baik, barulah wanita akan datang.

A various of gold displayed for the sale at Tomei Headquarters in Kuala Lumpur. Tomei Gold & Jewellery give reward RM100 for customers who buy gold from August 7, 2020 until August 9, 2020 at their headquarters. FAIHAN GHANI/The Star.* Any information can contact Christine Lim (012-6093327).

Banyak kos perlu ditanggung oleh lelaki sebelum mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan

Menurut netizen lagi, seseorang wanita yang meminta hantaran tinggi juga perlu membuktikan nilai yang ada pada diri mereka.

"Apa kemahiran yang wanita itu boleh bawa ke dalam perkahwinan? Beritahu anak saudara awak, saya ucap tahniah. Yang lebih baik akan datang," tulis netizen lagi.

Artikel Lain