ADAB adalah cerminan akhlak seseorang, malah ia menggambarkan nilai yang dibawa dalam kehidupan seharian. Tidak kira tua atau muda, kita sewajarnya menjaga adab dan budi baik dari segi pertuturan dan tingkah laku. Namun, ada waktunya kita diuji dengan sikap manusia lain yang tidak mempunyai 'common sense', sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh wanita ini mengenai pengalamannya bertemu seorang individu di sebuah Hentian Rehat & Rawat (R&R)."Singgah satu R&R ni, keadaan dalam surau tak ramai sangat yang solat. Jadi ada ruang dan tenanglah sikit. Kita dituntut untuk menjaga adab tanpa mengira usia atau pangkat. -Gambar hiasan"Aku keluarkan beg telekung dan letak atas beg, tutup dengan tudung. Aku pergi ambil wuduk. Lepas tu aku cari telekung aku... tak ada."Aku nampak ada seorang makcik ni pakai telekung aku yang dalam beg tu. Aku tunggulah dia siap solat," kongsinya di laman Threads.Menurut wanita tersebut, dia sama sekali tidak marah dan mengganggap individu sudah berusia itu tidak mengetahui telekung berkenaan adalah miliknya, bukan yang diwakafkan untuk surau tersebut.Namun dia tergamam apabila individu berkenaan memberikan reaksi yang tidak dijangka sebaik sahaja mengetahui telekung tersebut adalah miliknya.ARTIKEL BERKAITAN: Dah tumpang bermalam, pandai-pandai je kemas rumah orang! Wanita anggap tetamunya tiada adab, tak hormat ‘owner’ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu kenduri geram sikap tak peduli mak ayah, biar anak makan bersepah dalam dewan kahwin - “Kau tinggal ‘tahi’ macam tu je!”"Aku cakap, maaf cik, ni telekung saya. Lepas tu dia buka dengan muka marah, letak atas lantai (sedangkan) aku hulur tangan nak ambil, dan tak cakap terima kasih pun. "Aku tak marah tapi lebih kepada perasaan sedih. Bila orang tua tak ada adab, macam mana anak muda nak beradab?" tulisnya lagi.Menariknya, selepas kisah itu dikongsikan, ramai yang turut tampil menceritakan pengalaman hampir sama.Seorang wanita kongsi pengalaman di surau R&R apabila telekung miliknya dipakai tanpa izin oleh seorang makcik.Dia tidak marah dan anggap makcik itu tidak tahu telekung tersebut bukan telekung wakaf.Namun, dia terkejut apabila makcik itu marah dan letak telekung di lantai tanpa ucap terima kasih.Wanita itu sedih kerana individu tersebut sebagai orang lebih tua tak tunjuk adab yang baik.Ramai netizen setuju dan berkongsi pengalaman sama, ada yang sarankan supaya orang sebegitu perlu ditegur.Ringkasan ini dijana oleh AI"Asbab Allah nak ajar saya tu. Tapi bila share, rupanya ramai juga yang ada pengalaman macam saya."Konsep mudah, pada pendapat saya, jika kita menghormati orang, insya-Allah orang pun akan menghormati kita. Lagi-lagi bila orang lebih berusia tunjukkan contoh yang baik, anak muda akan ikut," tulisnya lagi di bahagian komen.Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut bersetuju dengan pendapat wanita tersebut, namun tidak kurang juga ada yang menyarankan agar dia 'mengajar' individu demikian agar memahami erti adab.Sebahagian daripada komen netizen."Kenapa tak sound aje... kalau aku, memang kena maki dengan aku. Tak kiralah dia siapa."Orang tua yang rasa entitled sebab dia rasa dia hidup lebih lama daripada orang muda."Kalau saya terus je cakap, sudahlah pakai telekung orang, dia pula yang marah. Tak cakap terima kasih pula tu. Tua tak tua, tetap kena tegur supaya sedar diri," demikian antara komen netizen.