suria

Anak stres, majlis nikah dah dekat ibu desak tukar tarikh sebab ada makcik tak dapat hadir - “Dengan mak ni tak kan menang”

Campur tangan pelbagai pihak menjelang majlis perkahwinan boleh mengundang tekanan buat bakal pengantin. -Gambar hiasan AI (kiri)

MERANCANG majlis perkahwinan sememangnya tidak mudah, dengan pelbagai perkara perlu diambil kira termasuk penetapan tarikh yang perlu diselaraskan dengan tempahan dewan, jurusolek, jurunikah dan sebagainya.

Dalam kesibukan menguruskan perkara penting menjelang perkahwinan, situasi pasti menjadi semakin sulit jika ada campur tangan keluarga.

Keadaan inilah yang dilalui seorang bakal pengantin perempuan yang meluahkan rasa tertekan apabila ibunya mahu menukar tarikh majlis hanya kerana segelintir ahli keluarga tidak dapat hadir.

Setiap individu mengimpikan majlis perkahwinannya berjalan dengan lancar dan meninggalkan kenangan terindah. -Gambar hiasan

"Tolonglah bagi saya kata-kata semangat sikit. Mak suruh tukar tarikh kahwin sebabkan seorang, dua makcik saya tak dapat datang majlis sebab anak nak masuk sekolah.

"Ya Allah nak nangis. Bila bersuara, (mak) cakap kena pentingkan keluarga," tulisnya dalam satu hantaran di Threads.

Walaupun mempertahankan pendirian untuk mengekalkan tarikh asal, wanita tersebut berkata ibunya tetap bertegas seolah-olah kehadiran semua saudara mara paling penting mengatasi perkara lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu larang anak tayang bahagia lepas kahwin, ibarat dulu hidup terseksa bawah jagaan mak ayah!

ARTIKEL BERKAITAN: Suami izin pergi ‘wedding’, ibu tuduh nak ‘menggeletis’! Wanita syak sebab lama hidup dengan bapa narsisistik

"Problem dia sekarang bukan dekat makcik saya. Tapi mak saya sendiri. Dia nak ubah sebab dia nak family dia semua ada. Dia kata kena pentingkan keluarga.

"Habis anak dia ni tak penting? Bila bersuara, dia kata kita pentingkan diri. Betullah... bila 'bermain' dengan mak ni tak kan menang.

"Majlis tiga bulan lagi tapi kenapa benda kecil macam ni jadi isu besar?" luahnya lagi sambil meminta pandangan netizen. 

  • Seorang wanita tertekan ibunya mahu tukar tarikh kahwin kerana beberapa ibu saudara tak dapat hadir.

  • Ibunya mahu semua saudara mara hadir di majlis itu.

  • Suara anak sendiri tak didengar dan dianggap pentingkan diri.

  • Netizen beri kata semangat, nasihat supaya dia bertegas kerana majlis itu adalah hari bahagianya.

  • Ada juga nasihat dia terus berbincang dan cari penyelesaian terbaik dengan keluarga.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya memahami situasi dialami wanita tersebut dan tampil memberi kata semangat serta doa agar urusan majlisnya dipermudahkan.

Dalam pada itu, ada yang menyarankan supaya wanita tersebut bertegas memandangkan majlis perkahwinan itu adalah hari bahagianya.

Sebahagian daripada komen netizen. 

"Cakap tarikh untuk semua dah lock, mana boleh tukar... burn semua duit nanti. 

"Ikut je tarikh nikah yang sis nak. Date nikah tu tarikh anniversary sis dengan suami. Jangan biar orang lain yang atur.

"Diaorang la kena arrange, apa pasal pula kita kena tukar tarikh?" demikian antara komen netizen. 

Namun tidak kurang juga yang menasihatkannya supaya tidak berputus asa dan terus berbincang dengan keluarga bagi mencari penyelesaian terbaik.

Artikel Lain