MELUANGKAN masa bersama rakan-rakan adalah antara cara sesetengah wanita berehat atau menenangkan diri seketika selepas penat bekerja dan menguruskan rumah tangga.
Tidak salah untuk wanita menikmati waktu 'bebas' tanpa anak-anak sekali sekala, asalkan mendapat kebenaran daripada suami.
Namun berlainan pula kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini di platform Threads.
Menurut wanita tersebut, niatnya untuk menghadiri majlis perkahwinan adik kepada rakan rapat bertukar menjadi detik yang menyedihkan apabila ibunya sendiri melemparkan tuduhan tidak berasas yang mengguris hatinya.
Tanggungjawab menjaga anak perlu dipikul bersama antara suami dengan isteri. -Gambar hiasan AI
"Kawan jemput pergi kenduri kahwin adik dia. Dan aku dah deal dengan suami, suami tolong jaga anak.
"Bila mak aku tahu aku nak pergi wedding dengan kawan-kawan aku, dia cakap Ha, nak pergi menggeletis.
"Aku pergi kenduri tu pergi makan, jumpa family kawan aku then balik tau. Gila ke cakap anak sendiri menggeletis, sedangkan anak dah ada suami," tulisnya dalam hantaran tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu larang anak tayang bahagia lepas kahwin, ibarat dulu hidup terseksa bawah jagaan mak ayah!
ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 30 tahun anak sabar dengan ibu bapa toksik! Cucu nazak tak ziarah, lepas meninggal jadi orang terpaling sedih
Malah ujar wanita itu, suaminya sendiri tidak membantah sebaliknya bersetuju untuk menjaga anak mereka di rumah dan memberi kebenaran untuknya menghadiri majlis perkahwinan tersebut.
Wanita itu turut meluahkan rasa kesal kerana tindakan ibunya seolah-olah ingin membuatkan dirinya rasa bersalah kerana memilih bergembira bersama rakan seperti individu bujang.
Seorang wanita kecewa ibu tuduh 'menggeletis' hanya kerana ingin menghadiri majlis perkahwinan bersama rakan-rakan lama.
Wanita itu menjelaskan suami setuju jaga anak di rumah dan dia hanya pergi makan serta jumpa keluarga rakan.
Tuduhan ibunya dianggap tak wajar, lebih-lebih lagi si ibu kenal rakan-rakannya.
Ibunya seolah-olah mahu dia berasa bersalah, sedangkan niatnya cuma untuk luangkan masa seketika bersama teman-teman rapat.
Netizen beri pelbagai reaksi, antaranya menasihatinya agar tidak mengambil hati, dan lebih berhati-hati berkongsi hal peribadi dengan ibu.
Ringkasan ini dijana oleh AI
"Ayat dia memang macam dengki sebab suami dia iaitu bapa aku, narsisistik. Dia nak samakan rumah tangga aku dengan dia pula," luahnya lagi.
Di ruangan komen, pelbagai reaksi dilontarkan netizen dengan rata-ratanya turut berkongsi pengalaman apabila berbeza pendapat dengan ibu masing-masing.
Segelintir netizen menyarankan wanita berkenaan agar tidak terlalu mengambil pusing kata-kata ibunya memandangkan dia sendiri sudah bersuami.

Netizen berkongsi pandangan berhubung kisah yang dikongsikan wanita tersebut.
"Orang tua ni kadang-kadang memang ada pe'el dia macam tu. Memang tak boleh fikir sebab akan sakit hati. Tak payah layan, tak pun iyakan saja sampai dia senyap sendiri.
"Jangan diambil hati. Hanya gurauan kasar. Selagi suami okay dan beri kebenaran.
"Dah tahu kan perangai mak awak macam mana, jadi apa-apa lepas ni tak payah ceritakan dekat dia dah. Bincang dengan suami je," demikian antara komen netizen.


