TIDAK semua penceraian berakhir dengan baik dengan ada masalah berlanjutan termasuklah melibatkan harta dan pertikaian barangan peribadi.
Begitulah yang berlaku kepada wanita ini yang meluahkan rasa terkilan dengan sikap bekas suami yang didakwa enggan memulangkan barang kemas pernah disimpannya sebelum ini.
Bukan itu sahaja, kereta yang dibeli menggunakan duitnya sendiri juga didakwa digunakan secara percuma oleh lelaki berkenaan sejak tiga tahun lalu.

Tidak semua perpisahan berakhir perdamaian. -Gambar hiasan
"Bekas suami tak nak pulangkan barang kemas yang saya simpan dekat dia. Bila minta balik dia kata tak tahu sebab dah lama.
"Pakai kereta, guna duit saya masa beli kenderaan tu. Tujuan untuk jual, bukan untuk suruh dia pakai tapi dia pakai selama tiga tahun," luah wanita itu.
Tambahnya lagi, bekas suami juga enggan memberikan kerjasama ketika dia mengajaknya berbincang bagi menyelesaikan masalah berbangkit.
ARTIKEL BERKAITAN: Lepas berjaya buka studio fotografi, suami kaki auta terus cerai isteri! Lupa diri dapat modal bisnes RM30,000
ARTIKEL BERKAITAN: Cerai lepas 6 bulan nikah, wanita pasrah jadi janda berhias! Bekas suami celik agama tapi enggan sentuh isteri
Situasi itu membuatkan wanita ini berasa serba salah dan buntu, sama ada mahu terus menuntut haknya atau berhenti membuat sebarang tuntutan daripada suami.
- Seorang wanita terkilan bekas suami enggan pulangkan barang kemas yang disimpan.
- Dia turut dakwa kereta yang dibeli dengan wangnya digunakan bekas suami sejak 3 tahun lalu.
- Usaha untuk berbincang gagal, bekas suami enggan beri kerjasama.
- Wanita itu buntu mahu tuntut hak melalui undang-undang atau mengikhlaskan sahaja hatinya.
- Netizen ada yang saran tindakan mahkamah, sebahagian lagi nasihat supaya wanita itu reda.
Difahamkan, keadaan menjadi lebih sulit kerana kereta tersebut diletakkan di bawah nama bekas suami dengan memberi alasan mahu memudahkan urusan Puspakom semasa ia dibeli dahulu.
Luahan tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang memahami situasi dilalui.
Ada yang menyarankan wanita berkenaan mengambil tindakan undang-undang jika mahu mendapatkan haknya semula.
"Barang kemas tu sah dah selamat jadi duit. Duit tu pun mesti dah tak ada," seorang netizen membuat ramalan.
Namun, ada juga yang berpendapat lebih baik wanita itu berlapang dada sahaja dengan kerugian yang ditanggung.
"Lebih baik akak halalkan je la semua tu. Tak guna kami (netizen) bagi pendapat sebab akak tak akan buat apa yang kami suruh.

Sesetengah wanita pilih ketenangan jiwa daripada terus terikat dengan masalah berkaitan bekas suami. -Gambar hiasan
"Akak, nak cerai pun kena guna strategi kak. Dalam kes ni akak memang rugi besar. Kalau ambil peguam pun kena tambah duit lagi.
"Kebarangkalian menang pun tak pasti sebab bekas suami akak nampak bijak manipulasi. Mungkin akak kena terima je semua ni.
"Anggap itu bukan rezeki akak dan 'move on' (reda). Kalau dipaksa boleh tertekan mental akak," ujar beberapa netizen memberi pendapat.


