KEBANYAKAN anak yang tinggal berjauhan akan berasa rindu dan tidak sabar mahu pulang bertemu ibu bapa ketika hari cuti, namun berbeza pula dengan gadis ini.
Layanan 'berat sebelah' yang dipamerkan oleh ibu membuatkan dia berjauh hati dan merasakan diri seperti orang luar, setiap kali pulang ke rumah kedua-dua orang tuanya.
Menerusi satu perkongsian di laman sosial, gadis tersebut mendakwa, layanan yang diterimanya berbeza dengan adik-beradik lelaki yang mana mereka disambut mesra, sedangkan kepulangannya sering tidak diendahkan.
Makan bersama adalah antara cara mengeratkan hubungan kekeluargaan. -Gambar hiasan
"Balik rumah, langsung tak welcome kita. Tapi bila anak-anak lelaki dia balik rumah, bukan main itu ini masak. Kitanya anak perempuan balik, tak adanya macam tu.
"Selalu kosong je, kadang-kadang lauk basi atas meja," luahnya.
Perasaan itu menjadi sebab utama mengapa dia lebih selesa tinggal berjauhan daripada keluarga sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Derita anak sulung, gadis kecewa buat baik tak dihargai siap dimaki... sayang adik-adik, tapi sakit hati layanan berat sebelah
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu rasa amat bersalah, buat anak menangis sampai bengkak mata hanya kerana satu suap kek
"Itulah sebabnya memang suka duduk asing, sebab tak nak selalu makan hati.
"Sedangkan duduk jauh dan balik hujung minggu pun dah makan hati, apatah lagi kalau duduk rumah sekali," luahnya.
Tambah gadis tersebut, disebabkan situasi yang dilalui, dia berazam untuk tidak 'mengulangi' layanan berat sebelah sedemikian jika diberi peluang menjadi seorang ibu kelak.
Seorang gadis kecewa ibu bersikap dingin setiap kali dia pulang ke rumah, berbanding sambutan mesra terhadap adik-beradik lelakinya.
Kepulangannya sering tak diendahkan, kepulangan anak lelaki diraikan dengan hidangan istimewa.
Akibat rasa terpinggir, dia pilih tinggal berjauhan kerana tak sanggup terus makan hati.
Gadis ini berazam tidak buat perkara sama jika bergelar ibu kelak, berjanji akan layan semua anak dengan adil.
Ramai kongsi pengalaman serupa, ingatkan ibu bapa tentang kesan layanan tak seimbang terhadap anak-anak.
"Tak mengapa, beginilah cara kebanyakan ibu bapa Asia mendidik anak perempuan mereka. Kalau saya ada rezeki untuk menjadi seorang ibu, saya tak kan biarkan anak saya balik merantau, tapi atas meja kosong," luahnya lagi.
Perkongsiannya mendapat perhatian di media sosial, dengan rata-ratanya memberikan kata semangat dan ada juga berkongsi pengalaman hampir serupa.
Dalam pada itu, beberapa netizen turut menzahirkan harapan agar lebih ramai ibu bapa masa kini sedar akan kesan jangka panjang layanan tidak seimbang terhadap emosi dan hubungan kekeluargaan.

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
"Sedih kan. Tiap-tiap bulan kita bagi duit, dua minggu sekali belikan groceries. Anak laki satu sen tak bagi. Tapi bila kita datang rumah dia, dia tak ada pun pelawa kita makan.
"Sama tapi situasi saya lain sikit, mak selalu masak dekat kakak-kakak. Kita balik mesti tak ada lauk. Dah la 12 jam atas bas, kadang saya yang kena masak.
"Semoga awak dikurniakan keluarga mentua dari syurga dan suami mithali," antara komen netizen


