PELAKON Diana Danielle tidak dapat menahan sebak berkongsi kisah anak sulungnya, Muhammad, yang meluahkan rasa bersalah ketika dia sedang berdepan masalah kesihatan.Kata Diana, atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 35, kata-kata yang diucapkan itu cukup menyentuh hati seorang ibu kerana keadaan Muhammad ketika itu tidak pernah sedikit pun membebankan dirinya. “Muhammad ada minta maaf sebab dia rasa menyusahkan saya. Dia minta maaf sebab saya tidak boleh bekerja kerana menjaganya.Muhammad mengalami lumpuh muka selepas diserang demam virus.“Saya kata tidak, dia adalah amanah. Apa pun yang terjadi, saya tetap akan menjaganya. Saya pula rasa sebak, dia tak perlu rasa bersalah dengan apa yang berlaku ini,” katanya kepada mStar.Mengimbas kembali detik awal sebelum menyedari anaknya mengalami lumpuh muka, Diana pada mulanya menyangka keadaan tersebut berpunca daripada pendakap gigi yang baru dipakai.Namun, naluri seorang ibu mengatakan ada sesuatu yang tidak kena pada Muhammad sehingga dia nekad untuk melakukan pemeriksaan lanjut di sebuah pusat perubatan.ARTIKEL BERKAITAN: Muhammad semakin berselera makan, sebut huruf dengan jelas... Diana Danielle kongsi perkembangan kesihatan anakARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil kerap jumpa anak, Diana Danielle doakan yang terbaik… “Figura seorang bapa sangat penting”“Saya tanya doktor gigi sama ada normal atau tidak kalau percakapannya agak lain dan bibir pun tak boleh bergerak. Doktor kata normal saja.“Tapi saya perasan bibir dia langsung tak bergerak dan saya suruh dia gerakkan kening, memang tak boleh. Senyum pun dah tak boleh,” jelasnya.Sebagai seorang ibu, Diana juga berharap perkongsian detik cemas yang dilalui sebelum ini dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Dia (Muhammad) amanah saya. Apa pun terjadi saya tetap akan menjaganya.DIANA DANIELLEPELAKONBaginya, ibu bapa harus lebih prihatin terhadap tahap kesihatan anak-anak dan tidak membiarkan sakit berpanjangan sehingga keadaan menjadi serius.“Saya kongsikan ini untuk beri saranan kepada ibu bapa di luar sana. Kalau anak-anak demam, batuk atau selesema, kurangkan aktiviti dan beri mereka rehat. Jangan paksa mereka teruskan rutin, jangan paksa pergi ke sekolah.“Kesilapan saya apabila percaya apabila Muhammad kata dia okay sedangkan dirinya tidak sihat. Saya izinkan dia pergi ke sekolah ketika itu,” luahnya.Diana sentiasa mengutamakan kesihatan anak-anak.Menurut pelakon ini keadaan anaknya semakin baik dan sudah memulakan aktiviti harian termasuk jadual persekolahan. Diana sebelum ini berkongsi kisah anaknya yang mengalami lumpuh muka atau facial paralysis selepas diserang demam virus.Doktor yang merawat mengesyaki keadaan tersebut berpunca sama ada daripada Guillain-Barré Syndrome (GBS) atau Bell’s Palsy.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!