SELEPAS hampir setahun, pelakon Vanidah Imran akhirnya bersuara susulan satu babak dalam drama Bidaah yang pernah mencetuskan kontroversi sehingga ada pihak mendakwa ia sebagai perbuatan maksiat secara terang-terangan.Kata Vanidah, 53, adegan Vanidah Imran memegang janggut aktor Faizal Hussein itu hanyalah sebahagian daripada babak drama untuk menghidupkan jalan cerita. Baginya, langkah berdiam diri sebelum ini adalah lebih baik kerana merasakan tiada keperluan untuk membuat penjelasan kepada mereka yang tidak mengetahui maksud di sebalik babak berkenaan.Vanidah profesional ketika bekerja.“Dulu saya dikritik teruk kerana aksi dalam Bidaah tetapi saya tetap memilih untuk diam. Tiada keperluan menjelaskan kerja saya kepada orang. Ini adalah kerja saya sebagai pelakon.“Usia saya pun sudah setengah abad. Cuba jelaskan kepada netizen yang muda dan suka menghakimi, tak perlu. Hendak kata saya buat maksiat atau cakap apa-apa, itu hak mereka,” katanya kepada mStar.Vanidah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri siaran Viu Original, Walid, di Saloma, Kuala Lumpur.Pun begitu, dia tertanya-tanya tentang niat individu yang mula menularkan isu tersebut ketika bulan Ramadan tahun lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Vanidah Imran belum sedia bertudung, sedang persiap diri bimbang hati bolak-balikARTIKEL BERKAITAN: Vanidah Imran kembali bergelar isteri, pilih jurutera jadi pasangan hidup“Saya cuma tertanya-tanya, orang pertama yang tularkan perkara ini ketika Ramadan, apa niatnya? Waktu berbuka puasa, jari itu yang digunakan untuk sebarkan.“Kalau saya pilih untuk tidak memaafkan, itu hak saya. Niat awak apa bila viralkan? Itu sahaja yang saya mahu tahu,” luahnya.Meskipun teruk dikecam, pemegang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 ini kekal dengan prinsip menjaga maruah diri serta profesionalisme sebagai pelakon.Dia juga menyifatkan segala komen mahupun kecaman yang diterima menerusi karyanya sebagai sebahagian daripada cabaran sebagai penggiat seni lakon. Tiada keperluan menjelaskan kerja saya kepada orang. Ini adalah kerja saya sebagai pelakon.VANIDAH IMRANPELAKON“Semua yang perlu saya lalui adalah sebahagian daripada kerja. Selagi saya tahu siapa diri saya dan menjaga batas, itu sudah cukup.“Saya juga percaya penonton yang matang akan memahami perbezaan antara watak dan dunia realiti,” ujarnya.Pun begitu, dia kini lebih berhati-hati apabila kembali bergandingan dengan Faizal dalam karya terbaharu mereka berjudul Walid yang merupakan sambungan Bidaah.Jelasnya, dia tidak lagi mengeluarkan mimik muka seperti sebelum ini, malah hanya membawa watak yang diberikan sekadar cukup-cukup makan sehingga ditegur oleh penerbit.Antara babak dalam Bidaah yang mencetuskan kontroversi drama berkenaan.“Apa pun, bagi drama Walid, saya lebih berhati-hati termasuk ekspresi yang saya kawal. Penerbit, Erma Fatima, ada menegur menyatakan mimik muka saya salah. Saya jawab, ‘tak kisah’.“Bukan membangkang, saya buat apa yang saya rasa sesuai dengan watak dan selebihnya saya serahkan kepada mereka yang pakar dalam proses suntingan. Kalau perlu diubah, sunting sahaja,” luahnya.Drama bersiri Walid lebih dramatik, mengangkat isu ajaran sesat dan bakal menemui penonton pada 26 Februari.Naskhah arahan Pali Yahya ini turut menampilkan Aqasha, Olla Ramlan dan Datuk Ahmad Tamimi Siregar.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!