suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami isteri lemas dalam kolam kumbahan ladang babi, mayat ditemukan berpelukan

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa lemas di kolam kumbahan di Kampung Kawari, Papar. -Foto The Star

HASRAT seorang isteri untuk menyelamatkan suaminya yang terjatuh ke dalam kolam kumbahan di sebuah ladang ternakan babi berakhir tragedi apabila kedua-duanya ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berpelukan pada Khamis.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di Kampung Kawari, Papar, kira-kira pukul 11.56 pagi.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Heryan Mohd Tahir berkata, kedua-dua mangsa merupakan warga Indonesia iaitu lelaki berusia 52 tahun dan isterinya berusia 50 tahun.

Heryan berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sebelum bergegas ke lokasi bersama anggota bomba dan pasukan penyelamat lain.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke dalam kolam kumbahan terbabit.

Isterinya yang cuba membantu turut terjatuh ke dalam kolam berkenaan sebelum kedua-duanya dipercayai lemas.

Tambah Heryan, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Dalam pada itu, Heryan menasihatkan pekerja serta orang awam yang berada berhampiran kawasan berisiko supaya sentiasa berhati-hati dan mengutamakan aspek keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. -The Star

Artikel Lain