Hukum menghadiri kenduri walimah dan kenduri biasa berbeza mengikut keadaan serta syarat tertentu. -Gambar hiasan AI
BIARPUN menerima jemputan kenduri lazimnya dianggap sebagai tanda menghormati tuan rumah, namun tidak ramai mengetahui bahawa terdapat keadaan tertentu yang menjadikan hukum menghadirinya sebagai makruh.Pendakwah bebas, Datuk Syeikh Faisol Omar menjelaskan, hukum menghadiri kenduri walimah atau majlis perkahwinan secara umumnya adalah wajib sekiranya memenuhi syarat tertentu. Sementara itu, menghadiri kenduri selain walimah pula hukumnya sunat, juga tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian [Tonton Video], beliau menjelaskan terdapat empat keadaan yang menyebabkan seseorang makruh menghadiri sesuatu majlis kenduri.Menurutnya, makruh bermaksud perbuatan yang lebih baik ditinggalkan berbanding dilakukan.Terdapat empat keadaan yang menyebabkan hukum menghadiri kenduri menjadi makruh. -Gambar hiasan AI1. Dijemput oleh individu yang mempunyai permusuhanMenurut Faisol, seseorang makruh menghadiri kenduri sekiranya dijemput oleh individu yang tidak disukainya kerana wujud unsur kebencian atau permusuhan antara mereka.Bagaimanapun, perasaan tidak suka itu bukan sekadar disebabkan perkara remeh seperti penampilan atau sikap seseorang, sebaliknya melibatkan rasa tidak puas hati dan permusuhan.2. Hanya menjemput golongan kayaKeadaan kedua ialah apabila tuan rumah hanya menjemput golongan berada tanpa mengundang golongan miskin.Jelasnya, majlis kenduri sebaik-baiknya melibatkan tetamu daripada pelbagai latar belakang ekonomi, termasuk golongan kaya dan miskin.Tidak kira berapa jumlah tetamu daripada setiap golongan, apa yang penting ialah wujudnya percampuran antara kedua-duanya.3. Mengadakan kenduri selama tiga hari dan menjemput tetamu samaFaisol turut menjelaskan hukum makruh menghadiri kenduri walimah yang diadakan selama tiga hari berturut-turut sekiranya tetamu yang dijemput adalah individu sama.Menurutnya, hari pertama menghadiri kenduri walimah adalah wajib, hari kedua harus manakala hari ketiga pula makruh kerana boleh mengandungi unsur bermegah-megah dalam mengadakan majlis.Bagaimanapun, hukumnya berbeza sekiranya kenduri diadakan selama tiga hari tetapi melibatkan kumpulan tetamu berlainan pada setiap hari.Sebagai contoh, hari pertama dikhususkan untuk tetamu dari Kedah, hari kedua untuk tetamu dari Terengganu dan hari ketiga pula bagi tetamu di Kuala Lumpur.4. Menggunakan sumber kewangan yang syubhahKeadaan terakhir ialah apabila sumber kewangan yang digunakan tuan rumah untuk menyediakan makanan dan mengadakan kenduri diragui status halal atau haramnya.Menurut Faisol, perkara itu boleh menimbulkan keraguan sekiranya seseorang mengetahui kehidupan tuan rumah tidak menggambarkan kemampuan untuk menganjurkan majlis yang begitu mewah.Bagaimanapun, sekiranya terdapat penaja atau sumbangan daripada sumber yang diyakini halal, keadaan itu tidak menjadi masalah.Justeru, beliau mengingatkan umat Islam supaya mengambil perhatian terhadap perkara berkenaan ketika menerima jemputan kenduri.