PELAKON Mierul Aiman mengambil pendekatan tidak mahu memanjangkan isu susulan ancaman yang diterima daripada seorang individu yang mahu memukulnya.Malah, kata Mierul atau Mohammad Amirul Aiman Norazman, 28, dia lebih senang menganggap komen yang ditinggalkan oleh individu berkenaan sebagai satu bentuk gurauan kasar. "Tidak mengapa, saya tidak mahu panjangkan isu ini.Mierul menunjukkan komen ancaman yang diterima. "Saya ambil kira itu adalah sebuah gurauan yang terlebih batas dan saya percaya ia memberikan kesedaran kepadanya juga kepada saya," katanya.Mierul menulis perkara tersebut dalam hantaran di Threads sebagai respons terhadap komen seorang pengguna media sosial yang memberi ancaman mahu menyerangnya dengan menggunakan parang.Pelakon berkenaan turut memuat naik komen tersebut dan dalam masa sama meluahkan rasa kesal dengan tindakan individu terbabit.ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan minta RM100,000 berlakon filem... Mierul Aiman tak campur tangan, harga ditentukan pengurusan ARTIKEL BERKAITAN: Enggan fikir soal harga, Mierul Aiman serah kadar bayaran pada pengurusanBagi Mierul, sebagai seorang pelakon, dia hanya mahu terus berkarya dan menghasilkan kerja berkualiti untuk peminat."Adakah kejujuran saya dalam perjuangan ini sebuah ancaman? Saya cuma usaha yang terbaik untuk industri kreatif ini."Sepuluh jari saya susun atas sebab mungkin keikhlasan ini disalah erti," luahnya.