suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kmy Kmo tunai hajat arwah bapa, konsisten baca surah Yasin 100 hari

Kmy kongsi amalan yang dilakukan selepas bapanya meninggal dunia.

PENYANYI Kmy Kmo memberitahu dia kini terus melakukan amalan membaca surah Yasin pada setiap malam sebagai memenuhi permintaan Allahyarham bapanya.

Menurut Kmy atau Lukmanul Hakim, 37, Allahyarham sendiri meminta dia melakukan amalan tersebut selama 100 hari selepas meninggal dunia.

Menerusi satu komen balas di Threads, penyanyi ini meluahkan rasa syukur kerana mampu melunaskan hajat tersebut.

Perkongsian Kmy di Threads. 

"Saya sekarang nak habiskan permintaan arwah ayah saya untuk baca Yasin selama 100 hari bila dia dah kembali ke rahmatullah.

"Alhamdulillah, malam ini malam yang ke-18 masih konsisten," tulisnya dalam satu ruangan komen pada malam Khamis.

Bapa Kmy iaitu Allahyarham Mohamed Azmaili Ismail menghembuskan nafas terakhir pada 23 Oktober lalu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang akibat serangan jantung selepas beberapa hari menerima rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Kmy Kmo meninggal dunia akibat serangan jantung kronik 

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Kmy Kmo kritikal di ICU, alami serangan jantung

Dalam perkongsian tersebut juga, penyanyi ini berharap dia dapat meneruskan amalan membaca al-Quran secara konsisten.

"Semoga berjaya istiqamah hingga ke hari 100. Lepas ni boleh berselang-seli dengan al-Quran pula," ujarnya.

Bapa Kmy meninggal dunia pada 23 Oktober. 

Perkongsian tersebut mendapat pujian pengikut di media sosial termasuk niat baik seorang individu yang juga mahu membacakan surah Yasin.

"Bukan mudah nak buat 100 hari. Semoga terus istiqamah. Nanti saya hadiahkan satu bacaan Yasin buat arwah ayah awak," komen individu berkenaan.

 

 

Artikel Lain