suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda serba salah kerja sebagai operator gudang, dakwa terlalu sibuk susun barang hingga tiada masa untuk solat

Operator gudang pastinya sibuk menjelang hari jualan dan promosi besar-besaran. -Gambar hiasan AI

SETIAP pekerjaan pastinya mempunyai cabaran tersendiri.

Namun menurut seorang pemuda, dia kini dalam dilema apabila kesibukan kerja menyebabkan waktu solatnya terbatas.

Dakwa pemuda itu, tugas sebagai operator gudang semakin sibuk menjelang tarikh jualan besar-besaran 11.11 yang jatuh pada tarikh 11 November.

A man praying at the Sultan Mizan mosque in Putrajaya during a lunch break while waiting for Zohor prayer on the 10th day of Ramadhan, Tuesday, July 8, 2014. RAJA FAISAL HISHAN / The Star.

Solat merupakan kewajipan bagi setiap umat Islam. -Gambar hiasan

“Kali pertama kerja operator gudang. Sedihnya susah nak solat. Kebanyakan (pekerja) tinggal solat.

“Sebabnya, mereka nak kejar susun barang berlambak. Entahlah, apa akan jadi ketika jualan 11.11 nanti?” luahnya.

Menurut pemuda itu, dia juga serba salah untuk menggantikan solat yang tertinggal sepanjang tempoh bekerja.

  • Seorang pemuda tular selepas kongsi realiti pekerjaannya.
  • Dia mendakwa sukar solat selepas bekerja sebagai operator gudang.
  • Dia berkata tugasnya semakin sibuk menjelang hari jualan atau promosi besar-besaran.
  • Ramai netizen beri nasihat dan saranan agar pemuda itu mencari pekerjaan baharu.

Luahan yang dimuat naik di aplikasi Threads itu turut menerima pelbagai komen netizen.

Malah, ada yang turut mempertikaikan keberkatan gaji yang diterima sekiranya kewajipan agama diabaikan pemuda itu.

Pada masa sama, beberapa individu turut memberi saranan kepada pemuda itu agar segera mencari pekerjaan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak buang solekan, cuci keputihan” - Staf bengang bos perempuan marah solat 30 minit, tak faham rutin wanita!

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat pekerja nak solat terbantut, dua pelanggan meluru masuk... Langsung tak endah notis ‘close’ depan pintu butik

“Tak boleh macam tu bro. Kalau macam tu, kena cari kerja baru la. Apa yang penting ialah solat.

“Tak ada yang boleh ganti ke masa pergi solat? Susah juga kerja gudang. Kalau dekat tempat saya, bos yang akan ronda tanya staf dah solat ke belum?

“Rugi bro. Dah la dibayar gaji murah, lepas tu tak boleh solat pula,” tulis beberapa netizen.

Artikel Lain