suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita kongsi ujian di Tanah Suci, perangai keluarga bertukar macam ‘syaitan’... Tudung direntap abang, kena tengking waktu tawaf

Siapa sangka keluarga yang sepatutnya bertindak melindungi tetapi sebaliknya menjadi ujian buat seorang wanita yang pertama kali ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah. -Gambar hiasan AI

PERJALANAN menunaikan ibadah umrah bersama keluarga sepatutnya menjadi memori indah dalam mencari keredaan Allah SWT.

Namun lain pula dengan kisah wanita ini apabila perjalanan kerohanian bertukar menjadi memori buruk apabila dia dilayan secara kasar dan diherdik sepanjang berada di Tanah Suci oleh ahli keluarga sendiri.

Katanya, meskipun sedih mendapat layanan buruk daripada keluarga sendiri namun dia menganggap ia sebagai ujian hebat sepanjang berada di sana.

"Ujian umrah? Keluarga sendiri," tulisnya ringkas menerusi perkongsian di laman sosial.

Ujian dihadapi wanita ini berlaku sepanjang dia berada di Tanah Suci. -Gambar hiasan

Bercerita lanjut mengenainya, wanita itu memberitahu pengalaman buruk bermula ketika mereka masih berada di lapangan terbang sebelum berlepas ke Makkah.

"Dekat KLIA tudung kena rentap dengan abang-abang sendiri sebab terselak sikit bahagian belakang.

"Sampai Makkah ketika nak tawaf, saya keluarkan telefon sebab simpan semua doa dalam Notes. Saya kena marah sebab dituduh main telefon waktu tawaf," luahnya kesal.

Tidak terhenti di situ, wanita berkenaan turut ditengking tentang perkara remeh malah dijadikan sasaran kemarahan apabila meminta bantuan keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beranak diuji di Tanah Suci... Anak cemburu ibu jumpa kawan baharu waktu tunai umrah - “Budak tu demam, dia sibuk cari ubat”

ARTIKEL BERKAITAN: Letih ujian bertubi-tubi lepas balik Makkah, wanita risau tersilap doa! Ada juga syak minta syurga tanpa hisab

"Sesat tak jumpa restoran Malaysia, kena marah 'semua benda tak reti'. Waktu teringin nak makan donat, tak boleh keluar hotel seorang diri sebab mak ayah tak bagi.

"Jadi abang dipaksa teman tapi dia buat muka 'palat' (kelat) sepanjang pergi beli donat sampai balik ke bilik," ceritanya lagi.

Lebih menyedihkan, dia terpaksa memendam rasa dan mendiamkan diri walaupun ahli keluarganya terus melemparkan kata-kata tidak baik.

Dia memilih bersabar dan mendiamkan diri kerana bimbang situasi menjadi lebih buruk sekiranya dia membuka mulut.

  • Seorang wanita mengalami memori pahit di Tanah Suci akibat dilayan secara kasar oleh ahli keluarganya sendiri.
  • Pengalaman buruk bermula seawal di lapangan terbang apabila tudungnya direntap oleh abangnya.
  • Dia dituduh sengaja bermain telefon di Makkah walaupun sebenarnya sedang membuka aplikasi nota untuk membaca doa tawaf.
  • Ahli keluarga menengking dan memarahinya hanya kerana dia gagal mencari lokasi sebuah restoran Malaysia di sana.
  • Mangsa terpaksa mendiamkan diri kerana takut dilabel derhaka.

"Aku terpaksa diam sebab kalau suruh dia diam atau balas balik dalam apa juga cara sekali pun, kena label derhaka pula," katanya.

Bersyukur terpilih menjejakkan kaki ke Tanah Suci namun wanita itu mengakui hatinya masih terluka setiap kali mengenang kembali layanan buruk diterimanya sepanjang berada di sana.

"Bersyukur tak terkata sebab Allah jemput pergi tapi sampai hari ini sakit hati kalau ingat balik perangai masing-masing. Tiba-tiba ekstra syaitan, moody dan menjengkelkan.

"Semoga masa akan datang kalau Allah jemput lagi, saya dapat pergi dengan gembira dan tenang. Bukannya menangis rasa dihina dan dianiaya," ujarnya menutup perkongsian berkenaan.

Artikel Lain