PELAKON Janna Nick mengakui sudah berputus asa untuk meneruskan usaha mendapatkan cahaya mata selepas tidak tahan berdepan kecaman segelintir pihak yang sering mempersoalkan bentuk fizikalnya.Janna atau Nurul Jannah Muner, 31, memberitahu dia secara rasmi menamatkan perjalanan mendapatkan zuriat atau Trying to Conceive (TTC) dan mahu memberikan tumpuan kepada usaha menurunkan berat badan. Menurutnya, komen berulang kali mengenai perubahan bentuk tubuhnya membuatkan dia kecewa, apatah lagi ketika sedang berusaha mendapatkan zuriat dengan bantuan ubat hormon."Mulai hari ini saya dah putus asa nak TTC. Secara rasmi saya akan tamatkan perjalanan TTC dan mulakan misi untuk kurus. Perkongsian Janna yang dimuat naik di Threads miliknya."Terima kasih kepada penulis (portal media) yang tak habis-habis cakap fasal bentuk badan saya," katanya.Janna berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya.Dalam pada itu, Janna turut meluahkan rasa kesal terhadap penulis sebuah portal media yang didakwa tidak henti-henti membangkitkan isu perubahan fizikalnya.ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick ambil ubat hormon demi zuriat, tak peduli perubahan tubuh... “Lantaklah korang! Goals saya bukan nak melawa”ARTIKEL BERKAITAN: Mula hidup persekitaran baharu di London, Janna Nick doa dapat babyMalah, aktres berkenaan meminta orang ramai supaya berhenti memberikan komen mengenai bentuk tubuhnya kerana perkara itu bukan sesuatu yang perlu dipersoalkan."Siapa penulis yang buat artikel dekat portal ini? Memang dasar hati hitam. Kalau saya gemuk dan tembam sekali pun awak ke yang kena peluk cium saya?"Suami saya elok saja puji, kau nak lebih-lebih kenapa? Boleh tak berhenti komen fasal bentuk fizikal saya, berapa kali nak cakap?Janna dan Dini (kanan) bernikah pada 10 Jun 2023."Saya makan hormon dan sedang TTC. Jangan ganggu saya kalau saya tembam ke, gemuk ke, buruk ke sekali pun," ujarnya.Sebelum ini, Janna mendedahkan dia kini mengambil ubat hormon sebagai salah satu ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata. Pelakon drama Syurga Nur itu turut memberi bayangan pengambilan ubat berkenaan memberi kesan terhadap bentuk tubuhnya sehingga kelihatan berisi. Untuk rekod, Janna mendirikan rumah tangga dengan pelakon Dini Schatzmann pada 10 Jun 2023.