suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Poster filem ciptaan pelajar dikecam buruk, Wendy Wong tak marah... Bukan gimik, maafkan netizen komen negatif

Wendy terbuka menerima kritikan.

PENERBIT dan pengarah Datin Wendy Wong menepis sangkaan segelintir pihak mengenai paparan poster filem terbaharunya berjudul Takdir Terakhir: Last Dive yang mendapat kritikan sebelum ini merupakan satu bentuk gimik promosi. 

Malah tegas Wendy, 60, sebagai seorang yang berpengalaman dalam dunia penerbitan, pastinya dia lebih tahu bentuk kualiti sesebuah poster yang menepati standard.  

"Saya tak tahu pun isu itu viral. Poster yang ditayangkan di media sosial adalah hasil rekaan pelajar selepas kami anjurkan pertandingan. Poster itu dipilih sebagai teaser. 

Rekaan poster filem arahan Wendy yang mendapat kritikan. 

"Kalau fikir secara logik, selama 28 tahun dalam industri, tidak mungkin saya tak tahu buat poster. Mestilah ada sebab poster tersebut dimuat naik. 

"Saya bukan buat gimik. Tak bagus untuk filem," katanya kepada mStar. 

Wendy ditemui ketika majlis pelancaran poster dan trailer filem berkenaan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Belum tayang dah kena kecam, penerbit ‘Takdir Terakhir: Last Dive’ dedah poster filem hasil kerja pelajar sekolah 

ARTIKEL BERKAITAN: Sumpahan Jerunei cemerlang di luar negara, penerbit gementar menanti reaksi penonton tempatan

Sebelum ini, paparan poster filem tersebut mendapat kritikan pelbagai pihak kerana dianggap tidak berkualiti dan kurang menepati standar sebuah filem untuk tayangan pawagam. 

Terbuka menerima komen, Wendy juga sedar setiap kritikan itu berasas disebabkan kurang pendedahan tentang tujuan poster berkenaan dikongsi secara umum. 

"Saya tak marah orang nak kritik sebab apa yang mereka kata itu betul. Poster itu memang tidak bagus. Tetapi mereka tidak faham poster itu hasil rekaan pelajar. 

Wendy harap filem arahannya mendapat sambutan baik. 

"Dalam masa sama sedih juga sebab ramai yang kritik sebelum tonton filem ini. Namun saya maafkan. Kalau saya tidak faham situasi sebenar mungkin akan cakap perkara sama. 

"Poster terbaru adalah rekaan produksi sendiri dan dihasilkan dengan betul. Bukannya guna AI (teknologi kecerdasan buatan)," jelasnya. 

Filem Takdir Terakhir: Last Dive bakal memulakan tayangan pada 3 Disember dan menampilkan barisan pelakon seperti Shiqin Kamal, Aniq Durar, Ameerul Afeendi, Fify Azmi serta Sandra Lim.

 

Artikel Lain