INDIVIDU bertubuh gempal sering berdepan pandangan negatif masyarakat yang menganggap penampilan fizikal sebagai ukuran kecantikan dan daya tarikan seseorang.Persepsi sedemikian bukan sahaja boleh menjejaskan keyakinan diri, malah turut memberi kesan terhadap kehidupan peribadi, termasuk soal percintaan. Menurut seorang wanita yang pernah mencapai berat badan 90 kilogram (kg), dia turut berdepan kekecewaan dalam percintaan apabila hubungan itu tidak direstui ibu teman lelakinya.Proses menurunkan berat badan bukanlah satu perkara mudah. -Gambar hiasan AI"Mak dia cakap nanti susah nak dapat anak. Masa tu berat aku 70 kg. Aku berusaha nak kurus dari berat badan 90 kg. Kami putus atas alasan mak dia tak suka aku."Tapi lepas tiga bulan, aku tengok dia dah ada pengganti. Bekas teman lelaki aku kahwin dengan perempuan itu," ujar wanita berkenaan.Selepas setahun berlalu, bekas teman lelakinya bagaikan menerima kifarah apabila dia masih lagi belum menimang cahaya mata walaupun beristerikan wanita yang bukan bertubuh gempal.Wanita luah kisah sedihnya apabila hubungan cintanya tidak direstui.Ketika itu, beratnya 70 kg selepeas dia berjaya menurunkan 20 kg.Ibu teman lelakinya bimbang dia sukar untuk mendapat zuriat kerana obesiti.Dia juga sedih apabila teman lelakinya itu terlalu cepat menemui pengganti.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah, adik-beradik bekas teman lelakinya juga dikatakan turut berdepan masalah sama selepas mereka mendirikan rumah tangga."Aku tengok dia kahwin dah setahun, masih tiada anak. Adik-beradik dia yang kahwin pun tiada anak juga. Kakak ipar dia yang lagakan aku dulu pun masih tiada anak," ujarnya lagi.Perkongsian kisah hidup wanita itu turut menjentik emosi pelayar Threads, malah ramai yang bersimpati dengan nasibnya.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tak pandang fizikal, terima wanita gemuk sebagai buah hati... Kena tinggal selepas awek berjaya ‘glow up’ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin sebab kau gemuk” - Banyak kali pergi ‘interview’ tapi gagal, bapa suruh anak kuruskan badan sebelum minta kerjaPada masa sama, beberapa individu turut berkongsi kisah mereka yang dipandang hina gara-gara bertubuh gempal."Samalah. Saya pun kena tolak sebab alasan ini. Tapi saya kahwin bunting pelamin. Isteri dia pula lebih setahun baru mengandung."Dulu orang kata saya susah nak mengandung sebab gemuk. Tapi tak sampai setahun kahwin dah mengandung," tulis beberapa netizen.